Close
MRS_6706 2
Team PA System Masjid

                                                     Assalamualaikum warah matullah hi wabarokatu.

Ditubuhkan pada 2015, Muazzin Sound Retail & Services adalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan menjual, memasang dan menyelenggara peralatan PA sistem (Public Access System) dan visual untuk surau, masjid dan bangunan.

Walaupun baru berusia 2 tahun, tapi pengalaman kami di syarikat induk, Alunan Firdausi Entertainment (AFE) yang telah pun menggerakkan live sound techical production house telah memberi kami satu kelebihan besar dalam memberi solusi terbaik kepada pelanggan.

Semua produk yang kami bawa adalah produk yang dipercayai dan mempunyai pusat servis (service center) yang memudahkan para pelanggan untuk servis produk dengan barang dalaman yang original.

Sebagai syarikat Muslim juga, pihak kami lebih memahami kehendak surau dan masjid untuk PA sistem.

Syarikat induk, Alunan FirdausiEntertainment menyediakan 2 lagi perkhidmatan iaitu: 

  • AFEAVRental (AFE Audio Visual) 
  • AFEDJIslamik (djislamik.com)