Close

December 12, 2017

SUMBANGAN JUMAAT DI AWAL BULAN DALAM SERIBU LEBIH AJE.

SUMBANGAN JUMAAT DI AWAL BULAN DALAM SERIBU LEBIH AJE.

INI RAYUAN HAJI KAMARUDDIN, NAZIR MASJID AR-RIDHUAN PEKAN JERAM, KUALA SELANGOR

“Kami mengimpikan kemudahan seperti masjid yang lain, tapi apalah daya kami…”

Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram ini mula digunakan pada tahun 2012. Dengan kawasan masjid yang luas, masjid ini mampu utk memuatkan seramai 2000 orang jemaah. Sebahagian besar jemaah masjid adalah terdiri daripada pelajar sekolah di sekitar Kampung Jeram. Penduduk sekitarnya pula kebanyakannya terdiri daripada golongan nelayan dan menjalankan perniagaan tradisional di sekitar Kampung Jeram.

Dalam usaha untuk mengimarahkan masjid, aspek kewangan menjadi kekangan dalam memastikan Masjid Ar-Ridhuan lengkap dengan kemudahan seperti masjid-masjid yang ada. Semestinya jemaah masjid menginginkan yang terbaik dalam menjadikan Masjid Ar-Ridhuan sebagai pusat dakwah Islam.

Namun, dengan jumlah wang yang ada, masih tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan bagi menaiktaraf kemudahan di masjid.

Antara kemudahan yang diperlukan ialah :

1. Mengganti baru PA Sistem yang sedia ada (Pa Sistem lama rosak, kini guna apa yang boleh)
2. Menaik taraf tandas/bilik air dan tempat wudhu’ lelaki & perempuan
3. Memasang sistem paparan elektronik (Islamic Interactive Media – IIM)
4. Membekal dan memasang CCTV tambahan
5. Membeli penggosok lantai – KARCHER
6. Mengadakan taman permainan kanak-kanak

Semoga sumbangan dari pihak tuan/puan bagi menyediakan kemudahan ini dapat memberi keselesaan kepada keseluruhan jemaah dalam melakukan ibadah dan semoga Allah merahmati hidup tuan/puan.

Sumbangan yang ingin diberikan boleh disalurkan ke akaun berikut :

Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram
1007291000033413
Agro Bank

Atau boleh hubungi kami di talian 016-2491135 / 014-8414707

Semoga Allah membalas jasa dan budi tuan/puan dengan segala kebaikan. In shaa Allah

1  2

3

4

5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *