9 Masalah PA Sistem Yang Sering Berlaku di Surau dan Masjid

KETAHUI MASALAH PA SISTEM YANG SERING BERLAKU DI SURAU DAN MASJID

Assalamualaikum semua..

Diharap semuanya sihat-sihat belaka di kala musim PKP ini.. Jom kita revise balik masalah-masalah PA sistem yang sering berlaku di surau dan masjid kita…

1 . AZAN TAK DIDENGARI OLEH KARIAH

Kita perasan jam dah nak masuk waktu solat, tapi lepas beberapa minit lepas tu laungan azan tak kedengaran dari surau atau masjid berdekatan.

Kita tunggu azan berkumandang sebab nak kejar solat jemaah… tapi tetap tak berbunyi.. Sampai di surau atau masjid, dah jadi makmum masbuk sebab imam dah start dulu..

2. PA SISTEM TERBAKAR KENA PETIR

Satu malam, hujan turun lebat. Petir dan kilat sabung-menyabung dan esok paginya nak azan untuk solat subuh. Duk tekan-tekan suiz, tak on-on pun pa system. Sekali cek, macam ada bau terbakar.

3. MIXER TAK CUKUP INPUT

Pernah tak bila kita nak guna mic yang banyak untuk karnival atau program yang besar di surau dan masjid, kita tak cukup input mic di mixer.

Contohnya, kita nak guna 6 mic, tapi input di mixer kita ada 5 je.. Tak ke haru dan kelam-kabut AJK surau dan masjid nak cari backup plan.. ye dak?

Haaa..

Kita sambung 4 lagi masalah PA Sistem yang sering berlaku di surau dan masjid.

4. PA SISTEM TAK FRIENDLY , AJK KENA ADA UNTUK ON SISTEM

Dah nak masuk waktu solat, tapi takde sesiapa di surau lagi. Bila nak azan, tak dapat pulak nak buat sebab mic azan ada di bilik sound system dan bilik berkunci. Kena tunggu AJK yang pegang kunci untuk datang buka bilik PA system.

5. SPEAKER DALAM RUANG SOLAT ADA YANG SEDAP, ADA YANG TAK SEDAP

Bila balik dari surau atau masjid, kawan yang duduk dekat ruang yang berbeza dengan kita masa solat tadi beritahu, tak dengar suara imam di speaker. Tapi di ruang solat utama takde masalah pun. Speaker ok je.

Cek semula esoknya, memang betul speaker di ruang solat tersebut ada problem.

6. TAK TAHU SPEAKER MANA YANG SESUAI

AJK nak tukar speaker yang sedia ada kepada yang baru. Tapi bila buat perbincangan sesama AJK, masing-masing tak sure speaker mana yang sesuai untuk sound system surau..

Baik dari segi brand, model, harga… sebabnya tak tahu sangat aspek teknikal PA sistem.

7. SUARA PENCERAMAH PUTUS-PUTUS

Keadaan ni selalunya terjadi semasa sesi tazkirah atau ceramah. Bila ustaz atau penceramah datang pihak surau atau masjid akan sediakan mic.

Kadang-kadang, ada masanya selalu putus-putus suara ustaz masa beri tazkirah. Sampai ada yang isinya kita tak dapat tangkap sebab asyik terputus-putus suaranya.

8. BUNYI PA SISTEM DAH KUAT, TAPI TAK JELAS

PA sistem bunyi kuat, kuat dah.. tapi sayang tak jelas. Dengar kuat sangat bunyi berdengung, lepas tu suara tak jelas; tak dapat nak dengar butir perkataan.

Kadang-kadang dengar macam suara tu masuk ke dalam speaker.

9. BANYAK TANGAN USIK PA SISTEM

PA Sistem kita dah cantik dah letak dekat server rack.. baru je lepas buat penambahbaikan PA sistem. tup tup lepas 2 minggu ada problem balik.

Bila cek balik sebab apa sound system ada problem.. tengok setting mixer dan power amp di server rack berubah.. macam ada orang usik..

Jadi, ini adalah 9 masalah PA Sistem yang sering berlaku di surau dan masjid. Surau dan masjid anda pernah mengalami masalah seperti ini ?

Boleh terus hubungi kami di link ini : https://wa.me/60194988578

Mana yang boleh kami bantu, inshaaAllah kami bantu.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, inshaaAllah”

afepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #surau #masjid #pasystem #alunanfirdausi #afe