Bila tengok tajuk post ni, apa yang tuan-tuan dan puan-puan fikir tentang jawapannya?

Adakah sudah memadai atau pun tidak ?

Baru-baru ini, kami ke Surau Al-Ikhwan yang terletak di Sungai Buloh. Barangan PA Sistem yang surau tersebut adalah barangan yang kami kira bagus untuk PA Sistem Surau dan Masjid. Surau tersebut mempunyai masalah bunyi yang tidak sekata di setiap zon.

Ruang solat utama mereka speakernya sangat kuat, manakala di ruang solat wanita dan ruang yang lain, speakernya sangat perlahan. Bila kami cek, watt speaker-speaker ini tak matching..

Jadi, solusi yang kami berikan adalah digital signal processing untuk memudahkan setting dan memastikan bunyi yang keluar sekata di setiap zon.

Pada pandangan kami, pemilihan brand barangan adalah penting TETAPI tidak bermakna PA Sistem anda akan terus berfungsi dengan baik dan juga mengeluarkan bunyi yang sedap.

Banyak aspek yang perlu diambil kira. Antaranya ialah :

1. Speaker Placement
2. Speaker Dispersion
3. Understanding of Acoustic
4. User-Friendly System
5. How You Tune The System

Nak tahu lebih lanjut tentang aspek-aspek ini? InshaaAllah kami akan ulas di next post kami… nantikan ya!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *