BILA SPEAKER TAK BERBUNYI, ADAKAH INI PUNCANYA?

Selalunya bila speaker tak berbunyi, kita akan selalu cek pada coil speaker, power amp untuk tengok ada isu tak dengan barangan ni.

Tapi pernah tak tuan-tuan dan puan-puan terfikir puncanya adalah daripada cable yang rapuh?

 

Isu ini pernah kami beritahu dulu….

Untuk installation pa sistem pada tahun 2014 sehingga 2016, waktu itu lambakan kabel dari China lebih murah, jadi banyak installer akan gunakan kabel ini dalam installation mereka.

Isunya kabel ini banyak unsur aluminium yang menyebabkan overtime aluminium ini reput akibat panas, sejuk dan kelembapan. Bila cable ter’exposed’ kepada environment, jangka hayat cable itu akan jadi lebih pendek…

Tekanan (tension) juga adalah penyebab cable tidak tahan lama. Contohnya apabila cable itu tergantung tanpa diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Jadi, AJK surau dan masjid perlu double check.. apabila speaker tak berbunyi, adakah puncanya daripada coil terbakar, power amp rosak atau cable yang rapuh..

Dinasihatkan kepada AJK surau masjid dan juga para installer agar memilih cable yang berkualiti supaya PA sistem kita dapat bertahan lebih lama.

Semoga bermanfaat buat anda semua, in shaa Allah.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *