Assalamualaikum semua..

Sebenarnya soalan ini kami terima beberapa hari lepas di mana ada yang bertanyakan tentang bagaimana cara untuk panjangkan hayat coil speaker azan juga yang dikenali sebagai speaker horn dan juga speaker menara.. Terima kasih pada yang bertanya dan sering mengikuti post-post kami..Kami sangat-sangat hargainya. 😊

Jadi hari ni kami nak ceritakan cara-cara bagaimana nak panjangkan jangka hayat coil speaker

DISCLAIMER : Sebelum baca ni, harap tuan-tuan dan puan-puan faham yang cara-cara ni hanyalah untuk panjangkan hayat coil speaker, bukanlah mengelakkan ia daripada mudah terbakar…

Nak tahu bagaimana? Jom baca di bawah!

1. Signal jangan over peak

Untuk signal , tuan-tuan boleh lihat di EQ PA sistem surau dan masjid (biasanya di mixer atau mixer amp).. sila pastikan yang signalnya tak over peak..

2. Jangan boost melampau frekuensi high dan low

Bila kita boost melampau frekuensi sama ada high atau low, itu yang akan menyebabkan coil kita cepat rosak..

untuk tahu frekuensi high atau low, boleh cek di EQ PA sistem (biasanya di mixer atau mixer amp) , yang boleh pusing ke kiri dan ke kanan tu.. pastikan frekuensi yang sesuai untuk PA sistem surau dan masjid tuan-tuan dan puan-puan..

3. Jika tak cukup jauh / kuat, tambah speaker 

Kadang-kadang tu kita selalu rasa speaker bunyi tak cukup kuat atau pun bunyinya tak sampai jauh. Solusi kepada masalah ini bukanlah dengan boost speaker tersebut. Apa yang perlu anda lakukan adalah tambah speaker.

PERINGATAN!

Jika nak tambah speaker, sila pastikan yang power amp surau dan masjid tuan mempunyai power yang cukup untuk tampung power speaker.

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memahami PA sistem di surau dan masjid, inshaaAllah 😊

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *