DAH BANYAK KALI TUKAR SPEAKER, TAPI TETAP ADA ISU JUGA…

 

Surau yang kami pergi ni dah banyak kali tukar speaker, tapi pa sistem tetap ada problem.

Jom kita tengok apakah isu-isu yang menyebabkan PA sistem di surau ini tidak berfungsi.

1. CABLING

Surau ni dah banyak kali tukar speaker tapi tak tukar pulak cable, maka terjadilah masalah cabling ini.Kami ada berikan temporary solution iaitu temporary cabling dan di sini kami lihat tiada isu PA sistem yang berlaku.

Mungkin untuk installation sebelum ini, tak cek cable dan menyebabkan power amp cepat rosak, speaker selalu blow dan sebagainya.

2. SETTING SPEAKER

Speaker ini ada datang dengan low impedence, 70V dan 100V. Jadi, tuan-tuan perlu tahu macam mana nak setting speaker dan pastikan setting pada speaker sama seperti setting di power amp.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada pa sistem mudah rosak.

3. SPEAKER PLACEMENT

Speaker placement ni sangat penting untuk memastikan setiap kawasan dapat dengar bunyi yang dikeluarkan oleh speaker. Jika lihat di video, kawasan imam berdiri ketika solat adalah kawasan yang paling tak dapat dengar PA sistem disebabkan kedudukan speaker di belakang saf pertama.

Untuk surau dahulu, kedudukan speaker adalah begitu kerana dulu kita pakai clip mic untuk elakkan feedback di speaker. Tapi untuk teknologi sekarang kita dah ada headset mic, jadi tiada masalah untuk kita letak speaker di hadapan supaya kariah yang berada di saf pertama juga dapat dengar PA sistem .

Semoga dengan isu yang kami bangkitkan ini dapat menjadi peringatan buat kita semua; para installer atau AJK surau/masjid lebih alert bila nak tukar. Bukan sahaja tukar suka-suka, tapi tukarlah dengan pengetahuan. in shaa Allah.

Moga bermanfaat buat semua. Doakan kami agar dapat terus membantu surau dan masjid dalam memberi keselesaan PA sistem kepada jemaah dan kariah, in shaa Allah

“Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir, In shaa Allah”

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *