Alhamdulillah, makin ramai yang cakna dengan isu PA sistem di surau dan masjid sekitar bagi mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

Ada tak ketika solat, tuan-tuan dan puan-puan dengar bunyi seakan berdesir seperti bunyi pasir? Jika ya, ada tiga kemungkinan yang menjadi penyebab kepada bunyi pasir itu (mengikut pengalaman kami lah..)

PERTAMA : ELECTRICAL GROUND

Earthing surau atau masjid mungkin menjadi masalah, terutama sekali jika elektrik digunakan pada full capacity.
Contoh: Semua kipas, lampu dan aircond digunakan secara serentak.

KEDUA : SIGNAL CABLING

Balanced or unbalanced signal juga mungkin menjadi punca kepada masalah bunyi berdesir..

KETIGA : KEROSAKAN MIXER ATAU AMP

Bunyi itu mungkin datang disebabkan ada kerosakan pada mixer atau amp.Tuan-tuan dan puan-puan ada pilihan sama ada untuk repair mixer/amp itu atau beli sahaja yang baru.

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan in shaa Allah

WhatsApp Image 2018-03-01 at 5.55.03 PM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *