ISU SPEAKER DI MASJID

Alhamdulillah, baru-baru ni kami singgah di satu masjid untuk menunaikan solat. Kebetulan di sana, kami sempat untuk lakukan basic audit terhadap PA Sistem yang ada di masjid tersebut.

Kami dapati ada beberapa isu dan challenges yang ada pada PA Sistem mereka.

Nak tahu apa dia ? Jom baca di bawah!

  1. COMBINATION OF LOW IMPEDANCE AND HIGH IMPEDANCE SPEAKER

Jika dilihat di dalam masjid ini, ada dua jenis speaker yang digunakan iaitu low impedance dan high impedance speaker. Bila ada combination dua jenis speaker ini, kami tak pasti bahawa kedua-dua speaker ini didrive oleh power amp yang sama atau ditune dengan cara yang sama.

Tapi speaker sebegini , 2-way speaker jika kita lihat di belakang speaker ada setting yang kita boleh ubah sama ada untuk jadikan low impedance atau pun 100V line..

  1. SPEAKER PLACEMENT

Isu speaker placement di masjid ini agak serius.. ini kerana bila kita lihat kedudukan speaker, ianya berada dalam jarak lebih kurang 15 kaki dari lantai di mana ia agak tinggi.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, apabila aplikasi PA Sistem di Surau dan Masjid, posisi yang kerap digunakan adalah ketika berdiri dan juga duduk. Jadi, jika speaker placementnya terlampau tinggi, bimbang bunyi yang dikeluarkan oleh speaker akan kurang jelas di pendengaran jemaah.

  1. ANGLE OF DISPERSION

Angle of dispersion (sudut penyebaran bunyi) adalah aspek yang perlu kita ambil berat untuk memastikan bunyi itu sampai pada jemaah walaupun berada dalam pelbagai posisi seperti duduk, berdiri, ruku’ dan juga sujud.

Jika speaker itu diletakkan pada sudut 90 darjah pada ketinggian yang agak tinggi, bunyi yang keluar dari speaker dikhuatiri tak sampai ke pendengaran jemaah. Seterusnya mendatangkan kesukaran pada jemaah untuk tangkap butir percakapan ketika ceramah atau ketika waktu solat.

  1. COVERAGE AREA

Kita mahukan bunyi yang sekata untuk di setiap ruang dan zon di dalam masjid. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan serta jelas butiran percakapannya atau kita panggil intelligibility.

Jadinya Untuk memastikan bunyi yang dikeluarkan dapat cover semua ruang atau zon, aspek speaker placement dan angle of dispersion sangat perlu diambil berat supaya jemaah berasa selesa berada di masjid.

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat diaplikasikan kepada PA Sistem yang ada di masjid tuan-tuan. Kami sama-sama ingin menjadikan surau dan masjid tempat yang selesa bukan sahaja dari segi infrastruktur sahaja, tapi juga dari segi PA Sistem yang baik, mudah diselenggara dan tahan lebih lama, inshaaAllah.

Kita jumpa lagi di posting yang akan datang, Assalamualaikum!

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *