Isu Speaker Dalam PA Sistem Surau dan Masjid

ISU SPEAKER DALAM PA SISTEM

Assalamualaikum. Kali ni kami berkesempatan berada di salah sebuah masjid di Kajang, Selangor untuk solat Jumaat di sini. Masjid ini sangat cantik,

Alhamdulillah… PA Sistem di sini juga bunyinya ok, cuma kami ada beberapa concern berkenaan PA sistem di masjid ini. Nak tahu apa dia? Boleh lihat video di bawah ini..

1. SPEAKER TERLALU BANYAK

Kalau dilihat masjid ini, speaker yang digunakan adalah speaker yang berkualiti dan boleh dikatakan agak mahal. Untuk keluasan masjid yang sebegini, kami rasa bilangan speaker yang digunakan agak banyak.

Kami sangat meraikan masjid dan surau yang berbelanja untuk mendapatkan PA sistem yang terbaik, mudah dikendalikan dan tahan lebih lama.

Alhamdulillah.. tapi haruslah difahamkan bahawa kita perlu juga memastikan PA Sistem itu adalah sesuai dengan keperluan surau dan masjid kita. Antara keperluan yang perlu diambil kira adalah bilangan speaker yang perlu ada di surau dan masjid kita.

2. SPEAKER UNDER UTILISED

Speaker yang digunakan di masjid ini kami perasan under utilised. Hampir kurang 50%. Kebanyakan speaker di surau dan masjid yang kami buat PA sistem mereka, kami cuba untuk jadikan sebagai low impedance speaker.

Speaker bila dijadikan sebagai low impedance speaker, ia akan jadi sangat-sangat powerful. Seperti speaker di masjid ini, jika speaker dijadikan sebagai low impedance, powernya adalah 380 watt.

Jika dijadikan sebagai 100V line speaker, powernya hanyalah 30watt. Sangat under utilised penggunaan speaker di masjid ini.

3. SPEAKER COVERAGE

Speaker di masjid ini sangat banyak, tetapi coverage speaker ini tidak menyeluruh ke semua kawasan di dalam ruang solat. Kami perasan ada sesetengah ruang tidak ada sound.

Speaker coverage ini sangat penting bagi memastikan bunyi yang dikeluarkan PA sistem adalah sekata di semua ruang.

Untuk mendapatkan speaker coverage yang baik, speaker placement dan sound dispersion sangat memainkan peranan penting.

Ini adalah antara isu speaker yang kami dapati di masjid ini. Kami bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk berkongsi dengan tuan-tuan sedikit ilmu yang kami ada supaya PA sistem di masjid dan surau kita sentiasa berada dalam keadaaan baik , mudah dikendalikan serta tahan lama.. InshaaAllah..

Salam jumaat dan semoga kita bertemu di posting yang akan datang.. 😊

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”

#afepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasystemsurau #pasystemmasjid #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #speaker #alunanfirdausi #afe