KENAPA KAMI PERLU DATANG SITE VISIT UNTUK TENGOK PA SISTEM?

Kembali lagi bersama kami dalam posting kali ini..

Ramai yang datang pada kami untuk bertanyakan tentang sistem apa yang paling sesuai untuk PA Sistem surau dan masjid mereka. Bukan mudah untuk kami berikan jawapan secara terus masa tu juga.

Ada tujuan kami jika kami perlukan details lanjut seperti gambar dan video sistem sedia ada di surau dan masjid tuan-tuan. Ada juga sesetengah surau dan masjid perlukan kami datang site visit untuk tengok sistem.

KENAPA PENTINGNYA SITE VISIT INI?

1. TAHU MASALAH PA SISTEM DENGAN LEBIH JELAS

Bila kami datang ke surau dan masjid tuan-tuan, masalah pa sistem dapat diketahui dengan lebih jelas berbanding gambar-gambar atau pun video yang diberikan kepada kami melalui Whatsapp.

Bila dengan lihat gambar atau video, kami hanya boleh berikan assumption ataupun possibilities masalah tersebut. Jika kami datang site visit, kami boleh tengok secara terus masalah sebenar PA sistem yang berlaku di surau dan masjid

2. SOLUSI YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN PA SISTEM

Pentingnya site visit ini adalah untuk kami berikan solusi yang paling sesuai dengan keperluan PA Sistem surau dan masjid.

Kadang-kadang , ada customer yang mahu buat penambahbaikan PA Sistem dengan menambah speaker. Tetapi bila kami datang site visit ke surau atau masjid mereka, kami lihat tidak ada keperluan untuk mereka menambah speaker .

Biasanya, kami akan mencadangkan solusi yang lebih sesuai untuk surau atau masjid mereka berdasarkan beberapa aspek yang diambil kira.

3. MENGELAKKAN PEMBAZIRAN BERLAKU

Dengan site visit yang kami lakukan, kami dapat mengelakkan pembaziran ke atas PA Sistem berlaku. Bagaimana?

Selepas site visit, kami akan menyediakan quotation atau sebutharga untuk diberikan kepada pihak surau atau masjid. InshaaAllah quotation yang kami sediakan adalah berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang kami lakukan terhadap PA Sistem sedia ada.

Jadinya, pembaziran dapat dielakkan dengan kami memberikan senarai barangan yang perlu dan juga bersesuaian dengan kapasiti PA Sistem sedia ada. Bagi tuan-tuan yang inginkan PA Sistem baru, kami juga dapat membantu tuan mengenalpasti barangan PA Sistem yang perlu ada untuk mendapatkan PA Sistem yang terbaik untuk surau dan masjid.

3 sebab ini adalah antara sebab kenapa pentingnya untuk kami datang site visit ke surau dan masjid tuan-tuan. Sebab itu, site visit kami ada caj supaya kami dapat membantu mendapatkan PA Sistem yang terbaik untuk surau dan masjid tuan-tuan.

Semoga penerangan yang kami tulis di dalam posting kali ini jelas dan dapat memudahkan tuan-tuan dalam membuat keputusan untuk PA Sistem surau dan masjid.

Sehingga kita berjumpa di posting akan datang, Assalamualaikum.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”

#afepasistem #infopasistem #sitevisit #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasystemsurau #pasystemmasjid #pasystem #pasistem #alunanfirdausi #afe