Alhamdulillah, seronok kami apabila membaca artikel ni.

Teruja kami membaca tentang kesungguhan AJK masjid dalam mengimarahkan masjid seoptimum yang mungkin.

Pelbagai kaedah yang digunakan AJK masjid untuk menarik kariah sekitar untuk sama-sama turun bagi mengimarahkan masjid.

Bukan sahaja menjadikan masjid penuh ketika waktu solat, tetapi juga ketika aktiviti keramaian seperti ceramah perdana, karnival atau apa sahaja. Tidak hairanlah jika Masjid Temerloh Jaya ini dipanggil Masjid Termeriah di Malaysia!

Sudah pasti tidak mudah jalan yang dilalui, pelbagai aspek yang diambil berat dalam memastikan masjid adalah satu pusat yang selesa bagi masyarakat setempat melakukan ibadah mahupun aktiviti keramaian.

Ini termasuklah penjagaan infrastruktur; penjagaan bangunan, pa sistem, bekalan air, bekalan elektrik dan lain-lain lagi. Selain itu, perancangan aktiviti juga adalah penting dalam menarik lebih ramai untuk datang ke masjid..

Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Masjid Temerloh Jaya di atas usaha kalian. Semoga ini menjadi pendorong kepada semua terutamanya kami dalam memberikan servis PA sistem yang terbaik kepada surau dan masjid, inshaaAllah 😊

Untuk baca pautan artikel : https://cutt.ly/le1zGWK


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *