PENTING SANGAT KE TUNING NI?

Kali ini, kita nak tengok tentang sistem tuning..

 

Jika lihat di video, ada 2 jenis mikrofon di situ; mikrofon klip dan mikrofon tazkirah

Untuk pengetahuan semua, setiap mikrofon ada karakter yang berbeza.. Macam mana kita nak tuning mikrofon kita agar bunyi yang dikeluarkan sedap didengar di telinga kita?

Pertama sekali, ini hanyalah RECOMMENDATION daripada kami. Kami juga raikan pendapat daripada rakan installer dan juga AJK surau dan masjid.

Untuk mixer amp seperti ini (rujuk video), hanya ada hi & lo frequency, tak banyak yang boleh kita buat dan tune untuk memastikan bunyi yang dikeluarkan jelas dan kuat.

Jika dilihat di video, bunyi yang keluar di speaker kuat, tapi tak sharp. Bunyinya agak muffled (tak jelas), low frequencynya agak menyerlah, mid & high frequency tak kuat sangat dan ini yang menyebabkan kita tak dengar butir perkataannya secara jelas.

Jadi untuk menghasilkan bunyi yang baik dan sharp, kita perlukan speaker, mixer dan mic yang bagus. Selain itu juga, bunyi juga berinteraksi dengan keluasan dan reka bentuk masjid atau surau itu sendiri.

KAMI TAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH GEMA, TETAPI KAMI BOLEH MENJADIKAN BUNYI ITU LEBIH SELESA DIDENGAR OLEH KARIAH.. IN SHAA ALLAH

“Memberi Solusi Audio Visual tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *