PENTINGNYA TECHNICAL REPORT UNTUK SURAU DAN MASJID

Assalamualaikum semua.

Kenapa kami kata penting technical report ni? Dengan technical report, AJK surau dan masjid dapat tahu lebih mendalam tentang PA Sistem di surau dan masjid. Apa maksudnya tu?

Maksud kami, tuan-tuan dapat tahu barangan PA Sistem yang ada di surau dan masjid. Dari sebesar-besar speaker hinggalah sekecil-kecil cable yang ada.. Maksudnya maklumat teknikal berkenaan dengan barangan PA Sistem.. at least tuan-tuan tahu apa sebenarnya yang ada dekat surau dan masjid tuan-tuan tu…

AJK surau dan masjid juga dapat mengetahui kedudukan barangan PA sistem , serta sambungan ataupun connection antara barangan di dalam PA Sistem ini.

Dari technical report juga, kita boleh mengesan jika terdapat masalah dari segi susun atur kedudukan speaker, jenis barangan, sambungan dan sebagainya di dalam PA sistem..

Selain itu, technical report sangat berguna untuk surau dan masjid bagi dijadikan rujukan dan memudahkan proses jika ingin membuat penambahbaikan PA sistem di masa hadapan inshaaAllah..

Semoga penerangan kami ini memberi manfaat kepada tuan dan puan, inshaaAllah..


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *