PENUTUPAN OPERASI SEHINGGA 31 MAC 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami. Diharapkan semua berada di dalam keadaan yang sihat di musim wabak COVID-19 ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan , kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd akan menutup operasi syarikat kami bermula HARI INI (18 MAC 2020) sehingga 31 MAC 2020.

Jadi, pejabat kami tidak akan beroperasi dan kerja-kerja troubleshooting pa sistem surau dan masjid juga akan dihentikan buat sementara waktu.

Bagi request dan permintaan baru melalui mana-mana media sosial kami akan dilayan SELEPAS 31 MAC 2020. Kerjasama dari pihak tuan-puan amat kami hargai.

Jaga diri dan kesihatan anda walau di mana anda berada.

Yang Benar,
Pihak Pengurusan Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd