SERANGAN KE ATAS MASJID DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Pada hari Jumaat yang mulia (15/3/2019), satu dunia dikejutkan dengan tragedi serangan yang berlaku ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Seramai 40 orang terbunuh dan 20 orang lagi tercedera ketika serangan yang berlaku sekitar jam 1.40 petang.

Perdana Menteri New Zealand turut menyifatkan hari tersebut sebagai ‘hari yang paling gelap buat New Zealand.’

Kami mengucapkan takziah bagi keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini.. Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Al-fatihah..

Diharapkan kepada semua agar tidak berkongsi atau menyebarkan video insiden tersebut. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca di : https://www.mcmc.gov.my/media/press-releases/jangan-sebar-atau-kongsi-rakaman-video-insiden-tem

Sebaliknya, marilah kita berdoa supaya tiada lagi insiden kekejaman yang berlaku dalam masyarakat kita tidak kira walau dimana kita berada.

Semoga dunia kita terus aman damai, inshaaAllah..

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *