SOLUSI KAMI TAWARKAN KEPADA SURAU DAN MASJID

Kami telah pun terangkan solusi pertama yang kami di pasystemmasjid.com boleh tawarkan iaitu Design and Build. Kali ini kami beritahu tuan-tuan alternatif kepada solusi pertama.

BAHAGIAN 2 : CONSULTANT

Untuk alternatif lain, pihak surau dan masjid boleh juga melantik kami sebagai consultant.

Consultant ini jatuh kepada beberapa kategori.

  • KELUARKAN STANDARD BQ (BILL OF QUANTITY)

Bagi surau dan masjid yang ingin mencari harga barangan PA sistem yang terbaik tetapi dengan hanya menggunakan spec barangan yang sama dari beberapa kontraktor, anda boleh datang kepada kami untuk kami keluarkan standard BQ (bill of quantity).

Tuan-tuan boleh minta kami keluarkan standard BQ supaya tuan-tuan boleh berikan kepada installer atau pun kontraktor untuk dapatkan harga. Tuan-tuan juga dapat membuat penilaian dan perbandingan harga barangan PA sistem dengan adanya standard BQ ini.

  • CONSULTATION SPEAKER PLACEMENT & TUNING

Seandainya pihak surau dan masjid memerlukan consultation berkenaan dengan placement speaker untuk PA sistem, kami juga boleh bantu.

Selain dari itu, jika sudah baik PA Sistem di surau dan masjid, kami juga boleh bantu untuk tune sistem tersebut supaya bunyi yang dikeluarkan adalah jelas dan selesa didengar oleh jemaah.

  • SUB-CONSULTANT UNTUK ELV (EXTRA LOW VOLTAGE)

Bagi M&E (Mechanical & Electrical) consultant yang mencari sub-consultant untuk ELV (Extra Low Voltage), kami mungkin orang yang anda cari.

Ini kerana kami ingin memastikan surau dan masjid berfungsi dengan baik terutamanya untuk PA sistem kerana itu adalah bidang kepakaran kami.

  • FULL CONSULTATION

Kategori yang terakhir adalah Full Consultation di mana kami terlibat dari awal sehingga ke akhir proses. Dari consultation, design, installation serta final tuning sebelum kami handover PA Sistem kepada surau dan masjid.

Dengan full consultation yang kami berikan, inshaaAllah boleh mengelakkan dari berlakunya kejadian menuding jari antara sesama pihak. Kami yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap perkara atau proses yang berlaku ketika projek berjalan.

Tak tahu surau dan masjid anda jatuh di bawah kategori yang mana satu ? Boleh sahaja untuk terus berhubung dengan kami supaya kami dapat bantu lebih banyak surau dan masjid inshaaAllah.

Untuk lihat video Solusi Design and Build :

Untuk lihat video penuh Solusi yang kami tawarkan kepada surau dan masjid :

Untuk video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik :

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *