SOLUSI KAMI TAWARKAN KEPADA SURAU DAN MASJID

Setelah kita tengok cabaran-cabaran yang AJK surau dan masjid hadapi dalam mencari PA Sistem terbaik, apakah solusi yang kami di pasystemmasjid.com boleh tawarkan kepada surau dan masjid?

BAHAGIAN 1 : DESIGN AND BUILD

Beri kami kepercayaan untuk terlibat sepenuhnya dalam memastikan PA sistem di surau dan masjid tuan sentiasa jelas, mudah dikendalikan dan tahan lebih lama.

Apa itu DESIGN AND BUILD?

Design and build ini adalah kami terlibat dalam proses awal iaitu design PA sistem surau dan masjid sehinggalah ke proses installation dan final tuning. Pendek kata dari awal sampai habislah kami buat…

DESIGN

Design ini adalah proses di mana kami akan datang ke surau dan masjid tuan-tuan untuk melihat design PA sistem sedia ada di surau dan masjid tuan-tuan. Jika untuk surau dan masjid yang baru, kami akan melihat dahulu layout plan untuk kami menentukan beberapa perkara iaitu :

  • kuantiti barang yang diperlukan
  • jenis, brand dan model barangan PA sistem
  • speaker placement

Perkara ini kami tentukan berdasarkan reka bentuk, saiz, dan material yang digunakan dalam struktur sesebuah surau dan masjid tersebut.

BUILD

Setelah persetujuan dibuat bersama pihak surau dan masjid, kami akan memulakan kerja-kerja installation PA Sistem di surau dan masjid tuan-tuan.

Kami akan terlibat dari awal kerja installation sehinggalah ke akhir kerja iaitu final tuning. Sekiranya ada apa-apa berlaku masalah kepada PA Sistem surau dan masjid tuan, kami yang akan bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Sekiranya tuan-tuan memerluan servis maintenance, kami juga boleh datang ke surau dan masjid untuk menjalankan kerja-kerja maintenance PA Sistem.

Jadi, ini adalah antara solusi yang kami boleh tawarkan kepada surau dan masjid. Visi kami adalah untuk membantu surau dan masjid mencari solusi PA Sistem terbaik.

PA SISTEM TERBAIK ADALAH PA SISTEM YANG JELAS, MUDAH DIKENDALIKAN DAN TAHAN LAMA.

Untuk lihat video penuh Solusi yang kami tawarkan kepada surau dan masjid :

Untuk video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik :

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *