TERIMA KASIH AJK SURAU DAN MASJID!

Alhamdulillah, kami di pasystemmasjid.com menjadi saksi dalam melihat AJK surau dan masjid sentiasa berusaha untuk memastikan PA Sistem surau dan masjid berada di dalam keadaan terbaik untuk digunakan setiap kali solat ataupun program yang dijalankan.

Kesungguhan AJK surau dan masjid ini dapat kami lihat apabila mereka turut bersama dengan kami dalam memastikan PA Sistem berada dalam keadaan terbaik.

Kadang-kadang tu boleh membawa sehingga ke selepas pukul 12 malam, tapi AJK tetap setia menunggu kami untuk menghabiskan kerja-kerja kami.

Seperti yang kita tahu , AJK surau dan masjid ini kebanyakannya adalah sukarelawan daripada kalangan kariah sekitar yang mahu memastikan yang terbaik untuk surau dan masjid mereka.

Jadi, kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH buat AJK surau dan masjid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan jemaah sentiasa selesa ketika berada di rumah Allah ini.

Semoga amal kebaikan yang anda lakukan mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Amiin


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *