Komponen

Azan Tak Dengar | (3 – Cabaran PA Sistem – Bahagian 2)

Pernah tak anda mengalami perkara seperti ini?

–  Azan tak dengar , jadi sering terlewat untuk sertai solat berjemaah?

–  Selalu dapat komplain dari kariah azan tak dengar dari rumah mereka?

–  Azan kedengaran dari surau dan masjid tapi selalu putus-putus?

Ini adalah salah satu cabaran PA Sistem yang terpaksa dihadapi oleh AJK Surau dan Masjid.

Kami sangat-sangat faham tentang masalah ini kerana isu ini antara isu yang sangat kerap terjadi kepada PA sistem di surau dan masjid kita.

Jom tonton video ini !

ketinggian menara

Ketinggian menara perlulah mengikut kesesuaian kawasan setempat. Sebagai contoh , menara surau atau masjid perlulah lebih tinggi dari kawasan perumahan yang jenis landai ( rumah satu atau dua tingkat).

Jika ketinggian menara itu setaraf ketinggian rumah, ia akan menyebabkan bunyi dari speaker tak dapat bergerak jauh.

speaker placement

Speaker placement sangat-sangat penting untuk memastikan bunyi yang keluar dapat didengar dengan jelas. Speaker placement ini merujuk kepada kedudukan speaker dari segi ketinggian speaker di menara dan juga kedudukan speaker yang menghala ke arah mana.

kekuatan driver speaker

Kekuatan driver speaker juga memainkan peranan penting dalam memastikan bunyi yang keluar adalah jelas dan kuat.

Untuk surau dan masjid yang kami bantu sebelum ini, kami sarankan driver speaker horn 50 watt, yang memang kebanyakkan digunakan untuk PA Sistem.

Terbaru, ada juga driver 60 watt yang memiliki kekuatan bunyi yang lebih kuat.

Jadi 3 perkara ini mungkin adalah aspek yang perlu diambil kira sekaranya isu ini berlaku di surau dan masjid tuan-tuan.

Tetapi, harus diingat!

Tuan-tuan perlu cek keadaan speaker horn terlebih dahulu untuk memastikan bahawa speaker azan di surau dan masjid tidak rosak dan bukan penyebab kepada azan tak kuat, azan tak dengar dan putus-putus.

Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk tuan-tuan, inshaaAllah.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”

#afepasistem #pasystemmasjid #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #surau #masjid #pasystem #azan #speakerazan #cabaranpasistem #alunanfirdausi #afe

pasysadm

Recent Posts

Muazzin AV React : Bila Masjid Tak Reti Urus Duit Sumbangan Jemaah | Ustaz Firdaus Firabib

Kali ini kami buat reaction terhadap video yang Ustaz Firdaus Firabib kongsikan pada Muktamar Masjid-Masjid…

2 days ago

Muazzin AV ada Kuda Perang???

https://www.instagram.com/p/C68KnjlPpz_/?img_index=1

5 days ago

Mehrab Lawa, Suka Suka Alih Speaker

Kali ni boss kami betul betul geram. Serba salah dia nak betulkan balik system pasal…

2 weeks ago

Pertempuran Yang Tidak Dijangka!

Sedang kami khusyuk buat system tuning dan microphone tuning di digital mixer yang baru di…

2 weeks ago

Team Muazzin AV Buka Hamper Aidilfitri | (2024)

Kegembiraan dikongsi bersama.Terima kasih kepada semua business partner kami kerana hadiah Hamper yang diberikan. https://youtube.com/shorts/uitJTjUWAcc?feature=share…

1 month ago

Pengalaman Bekerja Untuk Masjid & Surau | Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1445H | (2024)

https://youtu.be/9eQdoPuOLPU Ha! yang ni mesti ramai tak tahu. Kelebihan kami bila buat kerja dengan masjid…

1 month ago