Kami bermula sejak 2016, dan syarikat ditubuhkan pada 2018. Kami mereka bentuk, memasang, menala (tuning) dan menyelenggara PA system untuk masjid dan surau di Malaysia dan Singapura, supaya setiap saf mendengar imam dengan jelas.
masjid dan surau telah mempercayakan PA system mereka kepada kami.
daripada mereka masih bersama kami sehingga hari ini untuk servis dan naik taraf.
negara yang mempunyai projek kami: Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand.
tahun kami mula membina PA system masjid.
Sistem direka mengikut keperluan audio masjid tuan-tuan, berpandukan JIMaT:
JELAS – Dari saf pertama hingga saf terakhir, setiap patah perkataan didengar dengan jelas. Tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan, termasuk di ruang muslimat.
IMMERSIVE – Bacaan imam memenuhi ruang solat seperti di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Solat, kuliah atau majlis, setiap ruang mendapat bunyi yang sesuai dengan memanfaatkan sistem sedia ada masjid.
MUDAH – Sistemnya mungkin kompleks, tetapi mudah dikendalikan oleh bilal, siak atau mana-mana AJK. Tidak perlu meneka tombol mana yang perlu dilaraskan.
TAHAN – Dibina untuk digunakan bertahun-tahun. Dengan penyelenggaraan yang betul, kualiti bunyinya kekal seperti hari pertama.
Kongsikan aduan yang sering diterima daripada jemaah. Jika AJK memerlukan penilaian awal terlebih dahulu, kami menyediakan sesi khidmat nasihat.
Kami hadir ke masjid, mendengar sendiri bunyi di ruang solat dan menyemak peralatan sedia ada sebelum membuat sebarang cadangan.
AJK mendengar sendiri hasilnya dalam sesi demo, kemudian menerima sebut harga yang hanya menyenaraikan apa yang benar-benar diperlukan.
Kami memasang dan menala sistem mengikut ruang solat, serta kekal boleh dihubungi selepas serahan.
Masjid Wak Tanjong, Singapura: testimoni mereka selepas kami membaik pulih PA system. Baca testimoni
Sebahagian sahaja daripada senarai penuh. Lihat lebih banyak di halaman Testimoni kami.
Jumaat sudah hampir, mikrofon pula tidak berfungsi? WhatsApp pasukan servis kami dengan nama masjid dan masalah yang berlaku. Masalah biasa dan cara mengatasinya ada di Pusat Bantuan kami.
Masjid ialah PERMATA kepada komuniti Muslim kita, dan ia layak mendapat penyelesaian yang terbaik.
Ini Masjid Kami Jugak..!!