Skip to main content

Muazzin AV – PA System Masjid

Pemasangan Sistem PA Masjid

Pemasangan sistem PA masjid oleh Muazzin AV merangkumi pemasangan speaker, kabel, rak power amp dan mixer ikut reka bentuk yang dipersetujui, diikuti tuning dan serahan kepada pihak masjid. Kami pasang sistem untuk masjid dan surau di Malaysia dan Singapura.

Langkah pemasangan

  1. Pengesahan reka bentuk dan sebut harga. Peralatan hanya ditempah selepas deposit diterima.
  2. Kerja kabel dan pemasangan speaker. Setiap kabel dilabel ikut zon.
  3. Pemasangan rak: power amp, mixer, penerima wireless mic dan peralatan lain.
  4. Tuning sehingga 3 sesi, supaya bunyi seimbang di setiap ruang.
  5. Semakan kualiti dalaman oleh jurutera yang bukan ketua pasukan pemasangan.
  6. Serahan kepada masjid.

Apa yang masjid terima semasa serahan

  • Latihan ringkas untuk pengguna: imam, bilal dan AJK yang mengendalikan sistem.
  • Lukisan as-built yang menunjukkan susunan sebenar sistem.
  • Manual penggunaan dan kad waranti.

Keselamatan dan adab di masjid

Kerja di tempat tinggi melebihi 2 meter dibuat oleh 2 orang dengan harness. Kami tak naik menara ketika hujan, angin kuat atau kilat. Kerja yang bising dihentikan semasa waktu solat dan khutbah.

Soalan lazim

Bagaimana bayaran projek pemasangan dibuat?

Bayaran dibuat berperingkat ikut kemajuan kerja. Jadual penuh dinyatakan dalam sebut harga sebelum masjid bersetuju. Semua bayaran dibuat ke akaun syarikat, bukan akaun peribadi.

Kalau ada kerja tambahan di tengah projek?

Kerja tambahan hanya dibuat selepas masjid menandatangani borang perubahan kerja yang menyatakan kosnya. Tiada caj mengejut di hujung projek.

Sebelum pemasangan, setiap projek bermula dengan reka bentuk sistem. WhatsApp kami di 019-498 8578 untuk mula.

Ini Masjid Kami Jugak..!!