Latihan Sistem PA Masjid
Latihan sistem PA masjid oleh Muazzin AV mengajar bilal, siak, imam, AJK dan juruteknik masjid cara menggunakan, menjaga dan mengurus sistem audio dengan betul. Latihan dibuat secara praktikal, dengan peralatan sebenar.
Kenapa latihan penting
Orang yang mengendalikan sistem PA masjid setiap hari biasanya bukan juruteknik. Banyak masalah yang kami jumpa berpunca dari setting yang diubah, mic yang dipegang terlalu dekat, atau volume yang dinaikkan sampai feedback. Pengguna yang faham sistem boleh elak kerosakan dan selesaikan masalah kecil sendiri.
Tahap latihan
- Kesedaran, untuk AJK yang perlu faham asas sistem PA sebelum membuat keputusan pembelian.
- Asas, untuk bilal dan siak yang mengendalikan sistem setiap hari.
- Lanjutan, untuk pengguna yang mahu belajar setting mixer, routing dan troubleshooting.
- Master class, untuk juruteknik yang menjaga sistem di beberapa masjid.
Soalan lazim
Latihan boleh dibuat di masjid kami?
Boleh. Latihan di masjid sendiri lebih berkesan kerana peserta belajar dengan sistem yang mereka guna setiap hari.
Latihan ni boleh dituntut HRD Corp?
Bergantung pada kelayakan majikan peserta. Hubungi kami dan kami semak kelayakan bersama.
Untuk tanya jadual dan tempah latihan, WhatsApp kami di 019-498 8578.
Ini Masjid Kami Jugak..!!