Cara Kami Pilih Peralatan Sistem PA Masjid
Muazzin AV tak mula dengan katalog atau jenama. Kami mula dengan masalah yang masjid nak selesaikan. Bila masalah dah jelas, baru kami pilih teknologi dan jenama yang betul-betul sesuai.
Solusi dulu, jenama kemudian
Ramai yang anggap sistem PA yang bagus bermula dengan jenama besar atau teknologi terkini. Pada kami, susunannya terbalik. Solusi dibina daripada tiga perkara:
- Cabaran setempat: saiz dan bentuk ruang, akustik, aktiviti masjid, dan siapa yang guna sistem.
- Keperluan: apa yang mesti ada supaya jemaah dengar dengan jelas di setiap ruang.
- Keinginan: cara AJK, imam dan bilal mahu mengendalikan sistem setiap hari.
Selepas tiga perkara ni jelas, baru kami tentukan teknologi dan jenama. Peralatan dipilih untuk menyelesaikan masalah, bukan sebaliknya.
Apa yang kami nilai sebelum cadang peralatan
- Cara beribadah: posisi imam dan jemaah, serta keperluan solat berjemaah.
- Aktiviti: solat, kuliah, khutbah, majlis dan program komuniti.
- Jenis speaker sedia ada: speaker berlainan jenis biasanya beri tonaliti yang berlainan.
- Mikrofon: wired atau wireless, ikut siapa yang guna dan di mana.
- Ruang dan akustik: besar atau kecil, tinggi atau rendah, karpet atau jubin, ada kubah, banyak tiang atau sedikit.
- Sistem: senang diguna atau tidak, setting yang selalu berubah, dan risiko sambaran kilat.
- Pengguna dan pendengar: imam, bilal, pejabat, kelas, jemaah dan komuniti sekitar.
- Bajet: apa yang masjid mampu, dan apa yang patut didahulukan.
Prinsip yang kami pegang
- Reka ikut keperluan. Sistem direka untuk ruang dan aktiviti masjid tu, bukan disalin daripada masjid lain.
- Baiki yang perlu sahaja. Peralatan sedia ada yang masih elok dikekalkan. Kami tak cadang tukar semua kalau masalahnya pada susunan atau setting.
- Demo presentation sebelum keputusan. Kami boleh adakan sesi demo presentation bersama AJK untuk terangkan cabaran audio masjid tu, cadangan reka bentuk sistem dan bajet, sebelum masjid buat keputusan.
- Simulasi dan tuning yang betul. Kami guna perisian piawaian antarabangsa untuk simulasi dan tuning, supaya hasilnya konsisten.
- Mudah diguna dan tahan lama. Sistem yang baik ialah sistem yang bilal atau siak boleh kendalikan sendiri, dan kekal elok dengan penyelenggaraan yang betul.
Kenapa jenama besar tak semestinya jawapan
Kami selalu jumpa speaker mahal yang dipasang di tempat salah, atau sistem canggih yang tak ada siapa tahu guna. Hasilnya tetap tak jelas. Baca contoh sebenar dalam Pakai Speaker Mahal, Adakah Membazir? dan Salah Anggap Teknologi Dalam PA Sistem.
Soalan lazim
Muazzin AV guna satu jenama sahaja?
Tidak. Kami bekerja dengan pelbagai jenama, dan pilihan dibuat ikut keperluan masjid.
Peralatan lama masjid boleh digunakan lagi?
Selalunya boleh, sebahagiannya. Dalam sesi khidmat nasihat, kami semak peralatan sedia ada dan beritahu mana yang masih elok untuk dikekalkan.
Nak tahu apa yang sesuai untuk masjid anda? Minta sebut harga atau WhatsApp kami di 019-498 8578.
Ini Masjid Kami Jugak..!!