Peralatan Sistem PA Masjid
Muazzin AV menjual peralatan sistem PA untuk masjid dan surau: speaker, power amp, mixer, mic imam, wireless mic dan aksesori. Kami cadangkan peralatan yang sesuai dengan sistem sedia ada di masjid dan bajetnya.
Cara kami jual peralatan
- Setiap item diuji sebelum keluar dari stor kami.
- Sebut harga sah selama 14 hari.
- Barang dihantar selepas bayaran penuh diterima.
Tanya dulu sebelum beli
Speaker atau power amp baru yang tak sepadan dengan sistem sedia ada boleh menyebabkan bunyi tak seimbang atau peralatan rosak. Sebelum beli, beritahu kami peralatan yang masjid dah ada, sebaiknya dengan gambar rak dan speaker. Kami akan sahkan sama ada item tu sesuai. Baca juga pakai speaker mahal, adakah membazir.
Soalan lazim
Muazzin AV jual ke Singapura?
Ya, untuk masjid dan pelanggan di Malaysia dan Singapura.
Boleh beli dan pasang sendiri?
Boleh untuk item mudah seperti mic. Untuk speaker dan power amp, kami cadangkan pemasangan oleh juruteknik supaya routing dan impedance betul.
WhatsApp kami di 019-498 8578 dengan senarai item atau gambar peralatan sedia ada.
Ini Masjid Kami Jugak..!!