Reka Bentuk Sistem PA Masjid
Reka bentuk sistem PA masjid ialah kerja merancang kedudukan speaker, routing kabel, saiz power amp dan susunan peralatan supaya suara jelas di setiap ruang, sebelum apa-apa dibeli atau dipasang. Muazzin AV mula dengan lawatan tapak, kemudian sediakan cadangan dan lukisan untuk masjid atau surau.
Apa yang kami nilai masa lawatan tapak
- Saiz dan bentuk dewan solat, ruang muslimat, koridor dan tingkat atas.
- Tiang, siling dan dinding yang boleh menghalang atau memantulkan bunyi.
- Menara dan speaker azan: kedudukan, arah dan akses untuk servis.
- Peralatan sedia ada yang masih elok dan boleh diguna semula.
- Siapa yang akan mengendalikan sistem setiap hari.
Apa yang masjid terima
Cadangan sistem sampai kepada masjid dalam masa 10 hari bekerja selepas lawatan. Lukisan disediakan dalam AutoCAD dan disemak oleh jurutera yang bukan pelukisnya, supaya kesilapan dikesan sebelum sampai ke tapak. Masjid terima lukisan dalam bentuk PDF.
Lawatan tapak dikenakan bayaran. Kalau masjid sahkan projek dengan Muazzin AV dalam tempoh 60 hari, bayaran lawatan dikreditkan ke dalam projek.
Kenapa reka bentuk perlu dibuat dulu
Masalah sistem PA yang kami selalu jumpa jarang berpunca dari jenama. Selalunya punca ialah speaker di kedudukan yang salah, terlalu banyak speaker pada satu output power amp, atau peralatan yang terlalu rumit untuk pengguna masjid. Semua ni boleh dielak kalau reka bentuk dibuat dengan teliti sebelum beli. Kami pernah kongsi contohnya dalam artikel apa keperluan dalam design PA system.
Soalan lazim
Reka bentuk ni hanya untuk masjid baru?
Tak. Masjid lama yang nak naik taraf sistem pun perlukan reka bentuk, supaya peralatan baru dan lama boleh berfungsi bersama.
Boleh ke masjid minta jenama tertentu?
Boleh. Kami akan terangkan sama ada jenama tu sesuai dengan keperluan ruang dan bajet masjid.
Untuk tempah lawatan tapak, WhatsApp kami di 019-498 8578 dengan nama masjid, daerah dan negeri.
Ini Masjid Kami Jugak..!!