Penyelenggaraan & Baik Pulih Sistem PA Masjid
Penyelenggaraan sistem PA masjid oleh Muazzin AV ada dua bahagian: penyelenggaraan berjadual untuk mengelak kerosakan, dan baik pulih bila sistem bermasalah. Masjid dibuka setiap hari sepanjang tahun, jadi sistem audio perlu berfungsi setiap waktu solat.
Penyelenggaraan berjadual (kontrak tahunan)
Dengan kontrak penyelenggaraan tahunan, juruteknik kami datang ke masjid ikut jadual untuk semak speaker, power amp, mixer, mic dan kabel sebelum masalah berlaku. Pakej berbeza ikut bilangan lawatan setahun dan masa respons bila masjid perlukan bantuan. Pakej yang lebih tinggi termasuk lawatan sebelum Ramadan dan Aidiladha, masa yang sistem paling banyak digunakan.
Baik pulih bila sistem bermasalah
- Masjid hubungi kami dan aduan direkodkan sebagai tiket.
- Kami cuba selesaikan dulu melalui panggilan atau video call, kerana sesetengah masalah selesai dengan setting yang betul.
- Kalau perlu, juruteknik datang ke masjid untuk troubleshooting.
- Peralatan yang perlu dibaiki di bengkel diambil dengan borang serahan dan gambar yang ditandatangani pihak masjid.
Bila power amp rosak dan azan terhenti, kami boleh pasang power amp sementara supaya masjid terus berfungsi sementara unit asal dibaiki. Contohnya dalam artikel azan terhenti, power amp rosak.
Kami cari punca kerosakan
Setiap aduan hanya ditutup selepas punca direkodkan dan pihak masjid sahkan masalah selesai. Power amp yang rosak berulang kali biasanya ada punca seperti routing yang salah, impedance tak match atau voltan elektrik tak stabil. Baca contoh kabel berserabut punca equipment rosak.
Soalan lazim
Muazzin AV baiki sistem yang dipasang oleh kontraktor lain?
Ya. Kami semak dan baiki sistem PA masjid tanpa mengira siapa yang memasangnya.
Berapa caj baik pulih?
Caj bergantung pada jenis kerja dan lokasi masjid. Kami maklumkan anggaran sebelum kerja dimulakan.
Untuk aduan atau tanya pakej penyelenggaraan tahunan, WhatsApp kami di 019-498 8578.
Ini Masjid Kami Jugak..!!