Kabel Berserabut dan Mismanaged | Punca Equipment Rosak? | Sistem PA Masjid
Kabel berserabut dalam rak sistem PA masjid boleh sembunyikan routing yang salah dan impedance yang tak match, dan dua benda ni boleh merosakkan power amp. Dalam video ni, pasukan Muazzin AV buka rak PA sebuah masjid dan jumpa kabel yang sangat serabut. Dalam tempoh lebih kurang 7 tahun, 4 power amp di situ memang dah rosak, dan yang masih digunakan pun ada port yang rosak.
Apa yang kami jumpa dalam rak
Kabel bersimpul, disambung dengan tape, tiada label. Untuk tahu kabel mana pergi ke mana, kami terpaksa trace satu per satu: speaker luar kiri, dalam kanan, luar kanan, speaker atas, ceiling, bilik bilal. Speaker dari zon berbeza dicampur pada output yang sama, rojak.
Punca power amp rosak di sini ialah routing yang salah dan impedance yang tak match. Kalau masjid beli power amp baru dan sambung balik dengan cara yang sama, power amp baru tu pun berisiko rosak lagi.
Kenapa impedance tak match merosakkan power amp
Setiap output power amp ada had beban, contohnya minimum 4 ohm. Bila terlalu banyak speaker disambung selari pada satu output, jumlah impedance jatuh di bawah had tu. Power amp terpaksa tolak arus lebih tinggi, jadi panas, masuk protect, dan lama-lama rosak. Masalah sama berlaku bila speaker jenis 100V line dan speaker low impedance dicampur pada output yang salah.
Bila kabel serabut, kesilapan macam ni susah nak nampak. Tiada siapa tahu berapa speaker sebenarnya ada pada setiap output, sampai power amp rosak.
Langkah yang kami buat, dan yang masjid perlu buat
Hari tu kami buat troubleshooting segera dulu supaya sistem berbunyi untuk kegunaan jemaah. Tapi itu cuma sementara. Kerja asas perlu dibuat di masjid ni:
- Trace dan label setiap kabel speaker ikut zon, di kedua-dua hujung.
- Kira beban setiap output power amp dan susun semula speaker supaya impedance dalam had.
- Kemaskan susunan kabel dalam rak supaya tak bersimpul, dan pastikan positif dan negatif disambung ikut warna yang sama.
- Guna kabel speaker yang berkualiti, dan lindungi kabel yang terdedah dengan casing atau conduit daripada panas, hujan dan benda asing.
- Simpan satu lukisan ringkas routing dalam rak, supaya sesiapa yang datang servis selepas ni faham sistem tu.
Power amp yang masih elok boleh terus digunakan selepas routing dibetulkan. Tak perlu ganti semua.
Soalan lazim
Power amp masjid kami selalu rosak. Patut tukar jenama lain?
Semak dulu routing dan beban setiap output. Kalau impedance tak match, power amp jenama apa pun akan rosak juga.
Kenapa label kabel penting?
Tanpa label, setiap kali servis teknikal perlu trace semula dari awal. Masa servis jadi panjang, dan risiko tersalah sambung lebih tinggi.
Kalau power amp masjid tuan-tuan dah rosak lebih dari sekali, minta kontraktor tunjuk berapa speaker disambung pada setiap output dan berapa jumlah impedancenya, sebelum beli power amp baru. Muazzin AV boleh semak dan susun semula routing sistem PA masjid dan surau di Malaysia dan Singapura.
Ini Masjid Kami Jugak..!!