Kupas Isu Orang Komplen Azan | Sistem PA Masjid
Isu orang komplen azan terlalu kuat berulang hampir setiap tahun di Malaysia, dan banyak kali puncanya ada pada sistem PA masjid, bukan pada azan itu sendiri. Pada tahun 2021, aduan penduduk di sebuah taman perumahan di Puncak Alam, Selangor jadi perbualan ramai. Muazzin AV tak akan ulas dari sudut hukum atau isu sosial setempat. Kami ulas dari sudut yang kami faham: infrastruktur PA system.
Noise atau sound?
Dalam video ni, Encik Farid mulakan dengan satu soalan: apa beza noise dengan sound? Video ni juga ada klip seorang AJK masjid yang kami bantu. Dia kata suara bilal di masjidnya sedap didengar dari corong, setiap sudut masjid dapat suara yang jelas, dan tinggi rendah suaranya sama. Itulah sound. Bila suara bercampur bunyi yang tak sepatutnya ada, ia jadi noise, dan noise yang buat orang tak selesa.
Ada dua perkara yang menentukan bunyi azan. Pertama, bilal itu sendiri: suaranya dan lagu azannya. Itu bergantung pada orangnya, dan kami tak sentuh dalam video ni. Kedua, infrastruktur PA system, terutamanya gain structure. Bahagian ni yang Muazzin AV boleh bantu.
Gain structure: susunan paras signal
Suara bilal melalui beberapa peringkat sebelum keluar di menara: mic, mixer, power amp, kemudian speaker. Setiap peringkat ada tombol gain atau volume sendiri. Gain structure ialah cara menetapkan paras di setiap peringkat supaya signal cukup kuat tapi tak melepasi had peralatan. Kalau satu peringkat dipulas terlalu tinggi, peringkat seterusnya terima signal yang dah rosak, dan tiada speaker yang boleh betulkan balik.
Dalam video, Encik Farid tunjuk dua contoh gangguan bunyi yang selalu kita dengar dari speaker menara masjid dan surau.
1. Cracking sound
Cracking ialah bunyi berdetup atau berkeresek yang kedengaran di belakang suara. Dalam video, Encik Farid perdengarkan contohnya sambil bercakap. Bunyi macam ni sangat mengganggu bila keluar dari speaker menara, sebab ia sampai jauh ke rumah penduduk. Puncanya perlu dicari satu-satu sepanjang laluan signal, dari mic dan kabelnya sampai ke speaker.
2. Distortion: signal terlampau tinggi
Distortion berlaku bila signal terlampau tinggi. Dalam video, Encik Farid tunjuk beza suaranya bila signal normal dan bila signal terlampau tinggi. Bila signal melepasi had peralatan, suara jadi pecah dan kasar. Di dalam dewan mungkin tak terasa sangat, tapi dari speaker menara, bunyi kasar ni yang sampai ke telinga orang di luar.
Ramai yang sangka azan perlu lebih kuat supaya sampai lebih jauh. Bunyi yang sudah distort, bila dikuatkan lagi, cuma jadi lebih bingit. Azan yang jelas pada paras sederhana lebih sedap didengar daripada azan yang kuat tapi pecah.
Speaker luar, speaker dalam
Satu lagi punca aduan ialah speaker luar terpakai untuk benda yang sepatutnya guna speaker dalam sahaja, contohnya kuliah. Pihak berkuasa agama di setiap negeri ada garis panduan tentang apa yang boleh keluar melalui speaker luar. AJK patut rujuk garis panduan terkini dari jabatan agama negeri masing-masing, dan pastikan suis atau zon speaker luar dan dalam berasingan serta berlabel.
Apa yang AJK boleh semak
- Tengok lampu clip atau peak pada mixer dan power amp masa azan. Kalau menyala, turunkan gain di peringkat awal (mic dan mixer), bukan hanya di power amp.
- Minta seorang AJK dengar azan dari jalan atau taman berhampiran. Bunyi yang sedap di dalam belum tentu sedap di luar.
- Kalau ada bunyi berkeresek, semak dari mic dan kabelnya dulu, kemudian mixer, power amp dan speaker.
- Semak arah speaker menara. Ia sepatutnya dihalakan ke kawasan kariah, bukan terus ke tingkap rumah yang paling dekat.
Soalan lazim
Kenapa orang komplen azan terlalu kuat?
Selalunya yang mengganggu ialah kualiti bunyi: suara pecah (distortion), berkeresek (cracking), atau kuliah dan bacaan lain turut keluar melalui speaker luar. Azan yang jelas pada paras yang munasabah jarang jadi isu.
Perlu tukar semua speaker menara?
Belum tentu. Banyak masalah boleh selesai dengan susun semula gain structure dan zon speaker, guna peralatan yang sedia ada. Speaker yang memang rosak barulah perlu dibaiki atau ditukar.
Azan sepatutnya memanggil orang untuk solat dan buat orang rasa selesa, bukan buat orang menolak. Isu ni boleh berlaku di mana-mana masjid dan surau yang guna speaker menara, di Malaysia, Brunei dan Indonesia, terutama di kawasan perumahan padat. Sebelum masjid tuan terima aduan, minta seseorang rakam azan dari luar dengan telefon dan dengar semula. Kalau ada bunyi pecah atau berkeresek, Muazzin AV boleh periksa sistem PA dan speaker menara masjid atau surau tuan di Malaysia.
Ini Masjid Kami Jugak..!!