Senarai semak PA system masjid sebelum Ramadan & terawih
PA system masjid patut disemak sekurang-kurangnya dua bulan sebelum Ramadan. Ramadan 1448H dijangka bermula awal Februari 2027, jadi Disember ialah masa untuk uji setiap speaker, mic dan power amp, dan Januari untuk baiki atau pasang. Kalau tunggu minggu terakhir Syaaban, biasanya dah terlambat.
Muazzin AV ialah syarikat audio visual khusus untuk masjid dan surau: dari lawatan tapak dan reka bentuk, pemasangan, penyelenggaraan (pencegahan dan baik pulih), hingga latihan AJK. Kami dah pasang dan servis sistem PA untuk lebih 400 masjid dan surau di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand. Setiap tahun cerita yang sama berulang: telefon mula banyak masuk bila Ramadan tinggal dua tiga minggu, dan masa tu slot pemasangan dah hampir penuh. Senarai di bawah boleh AJK buat sendiri, tak perlu alat khas.
Kenapa perlu semak PA system masjid dari bulan Disember?
Terawih ialah ujian paling berat untuk sistem PA dalam setahun. Jemaah lebih ramai, sistem hidup dua tiga jam setiap malam selama 30 malam, dan selain takbir dan bacaan imam masa solat, ada juga tazkirah, tadarus atau pengumuman lain jika ada. Kerosakan yang tersorok sepanjang tahun selalunya keluar masa beban macam ni.
Satu lagi sebab ialah masa AJK sendiri. Kalau ada yang perlu dibaiki atau ditukar, ia perlu masuk mesyuarat, perlu sebut harga, perlu kelulusan bendahari. Proses tu ambil masa beberapa minggu. Mula semak bulan Disember bagi ruang untuk semua tu berlaku dengan tenang.
Apa yang perlu disemak? 10 perkara
1. Uji setiap speaker, satu zon demi satu zon
Buka satu zon sahaja dan matikan yang lain: dewan solat, serambi, ruang wanita, menara. Minta seorang bercakap di mic imam, seorang lagi berjalan dan dengar setiap speaker. Speaker yang senyap, bunyi pecah atau berdesir, tandakan. Untuk speaker horn di menara, coil yang terbakar ialah punca paling biasa (kenapa speaker horn selalu terbakar).

2. Ruang limpahan masa terawih
Bila jemaah melimpah ke serambi, dewan tingkat atas atau khemah, ada speaker di situ? Dan ada orang yang tahu suis zon mana nak dibuka? Ruang wanita paling kerap terlepas pandang. Ramai yang balik rumah dan cerita mereka tak dengar suara imam langsung, padahal di dewan utama semuanya okay.
3. Mic imam dan mic tazkirah
Bercakap di mic sambil goyang kabelnya perlahan-lahan, terutama di hujung connector. Kalau suara putus-putus atau ada bunyi “krek”, masalahnya pada kabel atau connector, dan itu murah untuk dibaiki sekarang berbanding malam pertama terawih.

4. Wireless mic: bateri dan frekuensi
Sediakan bateri ganti yang cukup untuk 30 malam. Kalau masjid nak beli set wireless baru, semak dulu frekuensinya masih dibenarkan MCMC (larangan MCMC berkaitan wireless mic). Set yang murah di pasaran tak semestinya guna frekuensi yang dibenarkan.
5. Uji dengung dengan imam sebenar, pada volume sebenar
Banyak masjid uji sistem dengan bilal bercakap perlahan, kemudian malam terawih volume dinaikkan sebab jemaah ramai dan dengung (feedback) mula keluar. Kalau boleh, minta imam terawih atau hafiz jemputan datang sekali sebelum Ramadan dan uji dengan suara dan cara dia pegang mic.
6. Power amp dan bilangan speaker setiap channel
Jangan tambah speaker sesuka hati pada channel yang sama. Setiap channel power amp ada had beban. Contoh mudah: channel 4 ohm, speaker 8 ohm, maksimum 2 speaker sahaja. Kami pernah jumpa masjid yang sambung 8 speaker pada satu channel. Kalau bunyi tak cukup kuat, tambah speaker jarang jadi penyelesaian.
7. Input mixer cukup untuk program Ramadan
Kira berapa mic yang hidup serentak paling banyak: imam, bilal, tazkirah, tadarus, mungkin mic untuk program berbuka. Kalau mixer ada 5 input dan malam tu perlu 6, AJK akan kelam-kabut di saat akhir.

8. Label dan kunci rak PA
“Tangan ghaib” yang ubah setting mixer dan power amp ialah aduan yang kami dengar hampir setiap minggu. Tampal label pada setiap suis dan knob, kemudian ambil gambar setting yang betul dan simpan dalam group WhatsApp AJK. Kalau ada yang terusik masa Ramadan, sesiapa pun boleh pulihkan ikut gambar tu. Kunci rak kalau boleh.

9. Kuasa elektrik dan petir
Semak plug, extension dan pelindung kuasa (surge protector) di rak. Lepas malam ribut, hidupkan dan uji sistem sebelum Subuh, jangan tunggu bilal tekan suis masa nak azan baru tahu ada yang rosak.
10. Siapa yang pegang sistem masa Ramadan?
Lantik dua orang, contohnya bilal dan seorang belia, yang tahu cara hidup dan matikan sistem, buka zon yang betul dan laraskan volume. Simpan nombor servis dalam telefon mereka, bukan dalam telefon pengerusi sahaja.
Bila nak buat apa? Jadual Disember hingga Februari
| Bila | Apa yang dibuat |
|---|---|
| Disember | Semak 10 perkara di atas, senaraikan semua masalah |
| Akhir Disember / awal Januari | Panggil pakar kalau perlu, dapatkan sebut harga |
| Januari | Bawa ke mesyuarat AJK, baiki, pasang atau tuning |
| Minggu pertama Februari | Raptai penuh: imam terawih, bilal, semua zon, volume sebenar |
Bila perlu panggil pakar?
Ada masalah yang AJK tak boleh selesaikan dengan senarai di atas. Saf belakang masih tak dengar walaupun semua speaker berbunyi. Suara bergema sampai bacaan imam kabur (isu gaung dan gema). Dengung keluar setiap kali volume naik sedikit. Speaker yang sama terbakar berulang kali.
Masalah macam ni jarang selesai dengan tambah speaker atau tukar jenama. Puncanya biasanya pada susunan speaker, routing dan tuning, dan itu perlu diukur di tapak. Kami buat lawatan tapak berbayar, termasuk demo dan ukuran untuk lukisan sistem. Untuk sistem sedia ada yang rosak, pasukan servis baik pulih kami boleh datang atau bantu dari jauh dulu.
Soalan lazim
Berapa lama sebelum Ramadan patut semak PA system masjid? Sekurang-kurangnya dua bulan. Itu cukup untuk semak, dapatkan sebut harga, lulus dalam mesyuarat AJK dan siapkan kerja sebelum terawih pertama.
Perlu ke tukar sistem baru sebelum Ramadan? Tak semestinya. Banyak masalah boleh selesai dengan baiki kabel, tukar coil speaker, susun semula speaker pada channel yang betul dan tuning. Semak dulu, baru putuskan.
Kenapa mic berdengung masa terawih walaupun okay masa solat biasa? Masa terawih volume selalu dinaikkan sebab jemaah ramai, dan imam jemputan pegang mic dengan cara yang berbeza. Bila volume naik melepasi had sistem itu, dengung mula. Uji dengan imam terawih sebelum Ramadan.
Boleh ke AJK semak sendiri tanpa juruteknik? Boleh. Sepuluh perkara di atas cuma perlukan dua orang dan lebih kurang sejam lepas Isyak.
Minggu ni, ambil sejam lepas Isyak dengan seorang AJK lain dan buat perkara 1 hingga 3 dulu. Kalau jumpa masalah atau tak pasti apa yang didengar, rakam video pendek dan WhatsApp kepada kami di 019-498 8578.
Ini Masjid Kami Jugak..!!