Kali ini kami nak ceritakan tentang 3 jenis equipment dalam bilik PA yang selalu digunakan untuk PA sistem surau dan masjid iaitu :
- Mixer
- Amplifier / Power Amplifier
- Mixer amp / Power Mixer
1. Mixer
Mixer ini adalah satu alat yang memproses input. Kebiasaannya input ni adalah input mic, tetapi ada juga dari input lain (bergantung kepada spec model dan brand tersebut)
2. Amplifier / Power Amplifier
Amplifier atau lebih senang kita panggil sebagai amp, adalah satu alat yang menguatkan signal daripada mixer untuk dikeluarkan di speaker.
Amp ini juga sering dipanggil Power Amp, jadi jangan confused pulak ye! Kedua-duanya adalah benda yang sama.
3. Mixer Amp / Power Mixer
Mixer amp pula adalah satu alat yang di mana ada mixer dan juga amplifier didalamnya. Kiranya macam 2 in 1 lah…
Biasanya mixer amp ini kami cadangkan untuk surau kecil di mana sistem sound mereka adalah sistem yang simple.
Dengan mixer amp sahaja, boleh beri power kepada speaker untuk keluarkan bunyi..
Mixer amp ini juga sering kita panggil sebagai power mixer.
Ok, sekarang dah tahu dah beza ketiga-tiga barang ni kan ? Apakah yang sebaiknya barang atau komponen yang perlu ada dalam PA Sistem ?
Pada pandangan kami, untuk dapatkan sistem yang proper, perlu ada power amp dan juga mixer. Jika ada kedua-dua ini, in shaa Allah sound system akan berfungsi dengan baik.
Power amp dan mixer tidak boleh berfungsi secara independent, jadi perlu ada kedua-duanya bagi membolehkan sistem berfungsi. Lain pula dengan mixer amp, mixer amp ni independent, tetapi kami cadangkan penggunaan mixer amp ini untuk surau-surau kecil yang mempunyai sistem yang sangat simple.
Kami harap dengan info yang kami berikan, dapat memberi pencerahan kepada AJK surau dan juga masjid.
Bagi anda yang mencari barangan untuk PA sistem surau dan masjid, selain daripada menjual, pasystemmasjid.com juga ada membuat installation dan selenggara barangan untuk PA Sistem surau dan masjid. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau perlukan khidmat nasihat, boleh juga hubungi kami untuk maklumat lanjut.