
Rutin Harian Muazzin AV: Selesaikan Masalah PA System di 3 Lokasi Berbeza Sehari
Di Muazzin AV, kami memahami bahawa sistem siar raya (PA System) yang lancar adalah nadi bagi sesebuah masjid dan surau. Apabila menerima aduan mengenai speaker menara yang tidak berfungsi atau suara azan yang kurang jelas, pasukan teknikal kami segera bergerak ke lokasi.
Baru-baru ini, kami telah menggerakkan 3 pasukan serentak ke kawasan Kuala Lumpur, Klang, dan Cheras untuk kerja-kerja troubleshooting. Terima kasih kepada sokongan mantap daripada pasukan pengurusan pejabat kami yang menyediakan peralatan dengan pantas, semua masalah teknikal berjaya diselesaikan demi keselesaan para jemaah. Tonton video penuh di atas untuk melihat bagaimana kami memastikan laungan azan kembali berkumandang dengan sempurna. Sebab bagi kami, ini masjid kami juga!









