Alhamdulillah, makin ramai yang cakna dengan isu PA sistem di surau dan masjid sekitar bagi mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
Ada tak ketika solat, tuan-tuan dan puan-puan dengar bunyi seakan berdesir seperti bunyi pasir? Jika ya, ada tiga kemungkinan yang menjadi penyebab kepada bunyi pasir itu (mengikut pengalaman kami lah..)
PERTAMA : ELECTRICAL GROUND
Earthing surau atau masjid mungkin menjadi masalah, terutama sekali jika elektrik digunakan pada full capacity.
Contoh: Semua kipas, lampu dan aircond digunakan secara serentak.
KEDUA : SIGNAL CABLING
Balanced or unbalanced signal juga mungkin menjadi punca kepada masalah bunyi berdesir..
KETIGA : KEROSAKAN MIXER ATAU AMP
Bunyi itu mungkin datang disebabkan ada kerosakan pada mixer atau amp.Tuan-tuan dan puan-puan ada pilihan sama ada untuk repair mixer/amp itu atau beli sahaja yang baru.
Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan in shaa Allah
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…