FAQ

Berikut adalah senarai soalan yang sering diajukan kepada kami di pasystemmasjid.com

tentang pasystemmasjid

  • Apa itu pasystemmasjid.com ?

    Website pasystemmasjid.com ini adalah hakmilik Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd.  Website ini merupakan website servis di bawah brand Alunan Firdausi Entertainment. 

  • Apakah Servis yang ditawarkan oleh pasystemmasjid?

    Servis yang kami tawarkan adalah Perkhidmatan PA Sistem dan Visual untuk surau, masjid dan bangunan seperti :
    - Menjual Peralatan PA Sistem dan Visual (Retail)
    - Pemasangan Baru PA Sistem dan Visual (New Installation)
    - Konsultasi Asas PA Sistem dan Visual (Basic Consultation)
    - Kenalpasti Masalah PA Sistem dan Visual (Troubleshoot)
    - Penyelenggaran PA Sistem dan Visual (Maintenance)

retail

  • Barangan apa yang dijual oleh pasystemmasjid?

    Kami adalah authorized reseller untuk pelbagai brand PA Sistem dan Visual. Untuk ketahui jenis brand PA Sistem dan Visual yang kami ada, boleh rujuk di homepage pasystemmasjid.com

  • Adakah pasystemmasjid.com mempunyai kedai untuk kami lakukan pembelian?

    Buat masa sekarang, kami tidak mempunyai kedai. Sebarang pembelian boleh dilakukan melalui Team Customer Relation kami. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi melalui Whatsapp di link ini : https://wa.me/60194988578

  • Jika sudah buat pembelian, bagaimanakah barang akan diserahkan?

    Jika pembayaran sudah dibuat, barangan akan dihantar kepada pelanggan melalui postage delivery oleh syarikat courier dalam masa 7 hari berkerja.

  • Bagaimana pula dengan cara pembayaran untuk barangan retail?

    Cara pembayaran untuk barangan retail adalah melalui online banking.

basic consultation

  • Apakah dimaksudkan dengan Basic Consultation ?

    Basic Consultation adalah pemerhatian asas terhadap sistem sedia ada dilakukan dan solusi secara umum diberikan kepada pelanggan. (basic overview and explanation of the current system and general solution)

  • Ada caj untuk basic consultation ini?

    Ya, ada caj untuk basic consultation ini. Bermula dari RM300.

troubleshoot

  • Apa itu Troubleshoot?

    Troubleshoot adalah kami mencari punca masalah kepada PA Sistem dan visual dan mengembalikan kepada keadaan asal sistem sedia ada (restore problem to current existing system condition).

  • Berapakah caj yang dikenakan untuk troubleshoot ini?

    Untuk caj troubleshoot bermula dari RM300, bergantung kepada sebesar atau serumit mana masalah PA Sistem dan visual tersebut.

maintenance

  • Boleh ceritakan jenis maintenance yang ditawarkan pasystemmasjid?

    Untuk maintenance atau penyelenggaraan PA Sistem dan visual , terbahagi kepada 2 jenis :
    a) Corrective Maintenance
    b) Preventive Maintenance

  • Apa itu Corrective Maintenance ?

    Corrective Maintenance adalah penyelenggaraan yang dilakukan untuk membetulkan PA Sistem dan Visual yang bermasalah supaya boleh berjalan dan berfungsi seperti sediakala.

  • Bagaimana pula dengan Preventive Maintenance?

    Preventive Maintenance adalah servis maintenance yang dilakukan ke atas peralatan PA Sistem di surau dan masjid untuk memanjangkan hayat peralatan dan mengelakkan kerosakan yang tak dijangka akibat penggunaan peralatan yang intensif setiap masa.