Berita

Isu Speaker di Masjid

ISU SPEAKER DI MASJID

Alhamdulillah, baru-baru ni kami singgah di satu masjid untuk menunaikan solat.

Kebetulan di sana, kami sempat untuk lakukan basic audit terhadap PA Sistem yang ada di masjid tersebut.

Kami dapati ada beberapa isu dan challenges yang ada pada PA Sistem mereka.

Nak tahu apa dia ? Jom baca di bawah!

Combination of Low Impedance and High Impedance Speaker

Jika dilihat di dalam masjid ini, ada dua jenis speaker yang digunakan iaitu low impedance dan high impedance speaker.

Bila ada combination dua jenis speaker ini, kami tak pasti bahawa kedua-dua speaker ini didrive oleh power amp yang sama atau ditune dengan cara yang sama.

Tapi speaker sebegini , 2-way speaker jika kita lihat di belakang speaker ada setting yang kita boleh ubah.

Sama ada untuk jadikan low impedance atau pun 100V line..

Speaker Placement

Isu speaker placement di masjid ini agak serius.. ini kerana bila kita lihat kedudukan speaker, ianya berada dalam jarak lebih kurang 15 kaki dari lantai di mana ia agak tinggi.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, apabila aplikasi PA Sistem di Surau dan Masjid, posisi yang kerap digunakan adalah ketika berdiri dan juga duduk. Jadi, jika speaker placementnya terlampau tinggi, bimbang bunyi yang dikeluarkan oleh speaker akan kurang jelas di pendengaran jemaah.

Angle of Dispersion

Angle of dispersion (sudut penyebaran bunyi) adalah aspek yang perlu kita ambil berat untuk memastikan bunyi itu sampai pada jemaah walaupun berada dalam pelbagai posisi seperti duduk, berdiri, ruku’ dan juga sujud.

Jika speaker itu diletakkan pada sudut 90 darjah pada ketinggian yang agak tinggi, bunyi yang keluar dari speaker dikhuatiri tak sampai ke pendengaran jemaah. Seterusnya mendatangkan kesukaran pada jemaah untuk tangkap butir percakapan ketika ceramah atau ketika waktu solat.

Coverage Area

Kita mahukan bunyi yang sekata untuk di setiap ruang dan zon di dalam masjid. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan serta jelas butiran percakapannya atau kita panggil intelligibility.

Jadinya Untuk memastikan bunyi yang dikeluarkan dapat cover semua ruang atau zon, aspek speaker placement dan angle of dispersion sangat perlu diambil berat supaya jemaah berasa selesa berada di masjid.

Kami juga berkesempatan berada di salah sebuah masjid di Kajang, Selangor untuk solat Jumaat di sini. Masjid ini sangat cantik,

Alhamdulillah… PA Sistem di sini juga bunyinya ok, cuma kami ada beberapa concern berkenaan PA sistem di masjid ini. Nak tahu apa dia? Boleh lihat video di bawah ini..

Speaker Terlalu Banyak

Kalau dilihat masjid ini, speaker yang digunakan adalah speaker yang berkualiti dan boleh dikatakan agak mahal. Untuk keluasan masjid yang sebegini, kami rasa bilangan speaker yang digunakan agak banyak.

Kami sangat meraikan masjid dan surau yang berbelanja untuk mendapatkan PA sistem yang terbaik, mudah dikendalikan dan tahan lebih lama.

Alhamdulillah.. tapi haruslah difahamkan bahawa kita perlu juga memastikan PA Sistem itu adalah sesuai dengan keperluan surau dan masjid kita. Antara keperluan yang perlu diambil kira adalah bilangan speaker yang perlu ada di surau dan masjid kita.

Speaker Under Utilised

Speaker yang digunakan di masjid ini kami perasan under utilised. Hampir kurang 50%. Kebanyakan speaker di surau dan masjid yang kami buat PA sistem mereka, kami cuba untuk jadikan sebagai low impedance speaker.

Speaker bila dijadikan sebagai low impedance speaker, ia akan jadi sangat-sangat powerful. Seperti speaker di masjid ini, jika speaker dijadikan sebagai low impedance, powernya adalah 380 watt.

Jika dijadikan sebagai 100V line speaker, powernya hanyalah 30watt. Sangat under utilised penggunaan speaker di masjid ini.

Speaker Coverage

Speaker di masjid ini sangat banyak, tetapi coverage speaker ini tidak menyeluruh ke semua kawasan di dalam ruang solat. Kami perasan ada sesetengah ruang tidak ada sound.

Speaker coverage ini sangat penting bagi memastikan bunyi yang dikeluarkan PA sistem adalah sekata di semua ruang.

Untuk mendapatkan speaker coverage yang baik, speaker placement dan sound dispersion sangat memainkan peranan penting.

Ini adalah antara isu speaker yang kami dapati di masjid ini. Kami bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk berkongsi dengan tuan-tuan sedikit ilmu yang kami ada supaya PA sistem di masjid dan surau kita sentiasa berada dalam keadaaan baik , mudah dikendalikan serta tahan lama.. InshaaAllah..

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat diaplikasikan kepada PA Sistem yang ada di masjid tuan-tuan. Kami sama-sama ingin menjadikan surau dan masjid tempat yang selesa bukan sahaja dari segi infrastruktur sahaja, tapi juga dari segi PA Sistem yang baik, mudah diselenggara dan tahan lebih lama, inshaaAllah.

Kita jumpa lagi di posting yang akan datang, Assalamualaikum!

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

WOW, Masjid MADAD, Kedah Memang Lain Dari Yang Lain!

https://youtu.be/qGDj00jepQ8 Digital LCD besar terpampang di luar masjid—macam Times Square versi Kedah! PA Sistem ditempatkan…

1 day ago

Review PA Sistem : Speaker Mahal tapi kenapa bunyi teruk?

https://youtu.be/FQnS8XkFSi0 Pernah rasa kecewa bila speaker yang dipasang dah mahal dah. Tapi bunyinya tak semenggah.…

5 days ago

Testimoni Surau Al Kautsar Sri Sedeli, Klang

Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Al…

1 week ago

Testimoni | Surau Elmina Gardens | Shah Alam

https://youtu.be/8DIi_UCERus Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada AJK Surau…

2 weeks ago

Azan di pergunungan Kosovo! Masya Allah…

https://youtu.be/izgE9wEAUG8

3 weeks ago