Assalamualaikum semua..
Sebenarnya soalan ini kami terima beberapa hari lepas di mana ada yang bertanyakan tentang bagaimana cara untuk panjangkan hayat coil speaker azan.
Speaker azan juga dikenali sebagai speaker horn dan juga speaker menara..
Terima kasih pada yang bertanya dan sering mengikuti post-post kami..Kami sangat-sangat hargainya. 😊
Jadi hari ni kami nak ceritakan cara-cara bagaimana nak panjangkan jangka hayat coil speaker…
DISCLAIMER : Sebelum baca ni, harap tuan-tuan dan puan-puan faham yang cara-cara ni hanyalah untuk panjangkan hayat coil speaker. Bukanlah mengelakkan ia daripada mudah terbakar…
Nak tahu bagaimana? Jom baca di bawah!
Untuk signal , tuan-tuan boleh lihat di EQ PA sistem surau dan masjid (biasanya di mixer atau mixer amp)..
ila pastikan yang signalnya tak over peak..
Bila kita boost melampau frekuensi sama ada high atau low, itu yang akan menyebabkan coil kita cepat rosak..
untuk tahu frekuensi high atau low, boleh cek di EQ PA sistem (biasanya di mixer atau mixer amp).
yang boleh pusing ke kiri dan ke kanan tu..
pastikan frekuensi yang sesuai untuk PA sistem surau dan masjid tuan-tuan dan puan-puan..
Kadang-kadang tu kita selalu rasa speaker bunyi tak cukup kuat atau pun bunyinya tak sampai jauh.
Solusi kepada masalah ini bukanlah dengan boost speaker tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan adalah tambah speaker.
Jika nak tambah speaker, sila pastikan yang power amp surau dan masjid tuan mempunyai power yang cukup untuk tampung power speaker.
Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memahami PA sistem di surau dan masjid, inshaaAllah 😊
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…