Isu PA Sistem

Quotation Tak Selesaikan Masalah Pun?

CABARAN AJK SURAU DAN MASJID DALAM MENCARI PA SISTEM TERBAIK

BAHAGIAN 1 : QUOTATION TAK SELESAIKAN MASALAH PUN??!

Assalamualaikum semua.

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda antara cabaran-cabaran AJK surau dan masjid dalam mencari PA Sistem yang terbaik untuk surau dan masjid.

Antaranya adalah QUOTATION. Kami beri contoh situasi di sini, ada satu masjid ingin mendapatkan quotation ataupun sebutharga untuk penambahbaikan PA Sistem.

Untuk mencari yang terbaik, sudah semestinya kita akan mendapatkan quotation daripada beberapa syarikat supplier untuk membuat perbandingan. Quotation yang kita akan terima ini sudah semestinya berbeza-beza. Baik dari segi harga, barangan yang digunakan dan juga jenis solusi yang dicadangkan.

Jadi, cabaran yang kita boleh lihat di sini adalah, QUOTATION YANG MANA BOLEH MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH PA SISTEM?

Jika ada soundman ataupun AJK yang berpengalaman dengan PA sistem ini, mungkin tiada masalah untuk mengenalpasti. Tetapi buat AJK surau dan masjid yang kurang mahir dengan term PA sistem dan hanya mahukan masalah diselesaikan, bagaimana pula ?

Dalam masa menimbang tara untuk memilih quotation ini, akhirnya quotation itu terbiar begitu sahaja dan PA Sistem masih belum dapat dilakukan penambahbaikannya. Proses ini akan terus berulang-ulang dan boleh memakan masa yang lama sekiranya tiada pihak yang boleh membantu menyelesaikan isu ini.

Ini adalah antara satu cabaran AJK surau dan masjid dalam mendapatkan PA sistem yang terbaik.

Untuk lihat video penuh untuk cabaran-cabaran yang lain :

Untuk video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik : https://youtu.be/MF3WNAdC2HM

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

WOW, Masjid MADAD, Kedah Memang Lain Dari Yang Lain!

https://youtu.be/qGDj00jepQ8 Digital LCD besar terpampang di luar masjid—macam Times Square versi Kedah! PA Sistem ditempatkan…

1 day ago

Review PA Sistem : Speaker Mahal tapi kenapa bunyi teruk?

https://youtu.be/FQnS8XkFSi0 Pernah rasa kecewa bila speaker yang dipasang dah mahal dah. Tapi bunyinya tak semenggah.…

5 days ago

Testimoni Surau Al Kautsar Sri Sedeli, Klang

Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Al…

1 week ago

Testimoni | Surau Elmina Gardens | Shah Alam

https://youtu.be/8DIi_UCERus Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada AJK Surau…

2 weeks ago

Azan di pergunungan Kosovo! Masya Allah…

https://youtu.be/izgE9wEAUG8

3 weeks ago