Komponen

Antara Sebab Speaker Horn Menara Tak Berbunyi

SPEAKER DI MENARA TAK BERBUNYI ? MUNGKIN INI SALAH SATU SEBABNYA…

“Assalamualaikum tuan. Boleh minta datang ke masjid untuk tengokkan speaker di menara? Speaker tak berbunyi lah..”

Kami banyak dapat request daripada surau dan masjid untuk lihat masalah yang berlaku dengan speaker horn di menara ini.

Kebanyakannya adalah disebabkan masalah teknikal seperti coil driver speaker terbakar, driver ada masalah, cable speaker reput, dan sebagainya.

Selain daripada masalah teknikal, kita juga kena ambil peduli tentang masalah yang melibatkan alam semulajadi. Boleh jadi masalah cuaca, dan sebagainya..

Baru-baru ini, kami terima satu aduan dari sebuah masjid yang menyatakan speaker azan menara mereka tidak berfungsi. Team kami datang dan kenalpasti punca, ianya adalah disebabkan oleh sarang burung yang dibina di dalam corong speaker.

Setelah dibersihkan, akhirnya speaker di menara dapat berfungsi dengan baik semula..

Jadi, ini juga adalah kemungkinan kepada speaker menara tidak berbunyi…

Jangan pula lepas ini kalau speaker horn tak berbunyi, terus assume speaker ada sarang burung pulak ye..😅😅😅 hehehe.. Macam yang kami beritahu di atas, ia mungkin salah satu kepada penyebab speaker tak berbunyi.

Selain itu, speaker horn tak berbunyi disebabkan oleh speaker horn terbakar.

Nak tahu sebab apa speaker horn boleh terbakar ? KLIK SINI

Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat buat anda semua inshaaAllah. 😊😊😊

” Memberikan Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

2 months ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

2 months ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

2 months ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

2 months ago