DISCLAIMER : Posting ini dibuat bukanlah bertujuan untuk mengaibkan, sekadar perkongsian supaya kita semua ambil serius tentang isu PA Sistem. Mohon sharekan pada semua surau dan masjid anda..
Kami singgah di Masjid Bukit Gambir Ramadhan lalu ketika kami menjalankan kerja-kerja installation PA Sistem di Masjid Jamek Kg Kolam Serom 3, Tangkak, Johor. Sebuah masjid yang sangat cantik infrastrukturnya, tapi sayang PA Sistemnya tak seindah bangunannya. 😔
Sedih bila masjid baru diperlakukan begini. Take the sound system for granted. Sekadar ada bunyi ibarat melepaskan batuk di tangga. Bunyi pecah, coverage takda. Kasihan pada AJK masjid yang bertungkus lumus mencari kontraktor, konsultan audio, bagi memastikan PA sistem masjid berfungsi dengan baik.
Wahai kontraktor, konsultan dan arkitek, berilah keadilan untuk masjid dan surau kami. Kita sendiri tahu kos nak install PA Sistem bukannya murah. Jadi, kami berharap agar kita boleh memberikan solusi yang bersesuaian dan terbaik untuk sesuatu surau dan masjid tersebut. Moga menjadi peringatan buat kita bersama.
Semoga dengan niat kita berniaga di samping ingin membantu surau dan masjid dalam menjaga PA sistem mereka, kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah, inshaaAllah 😊
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…
View Comments
Tuan, surau saya di Muar baru saja perbaiki sistem audio kami. Semuanya dah ok tapi disebabkan kurang ilmu kaedah penggunaannya bunyi suara dah tak mcm dibaikpulih. Contoh:-
1.,bilal suka azan dgn merapatkan mulut dgn mic. Bila nada tinggi tak dijauhkan maka pecah lah suaranya
2. Mic khas utk imam jenis diklip pd baju pd mulanya bunyi begitu sensitif dan sedap didgr tapi skrg kena rapat mulutnya baru dgr kuat dan jelas. Bila nk solat klip dekat jubah bunyinya tak menangkap langsung. Sebelum ni bilal suka qamat dgn merapatkan mulut dgn mic
3. Setahu saya mic tak boleh ditiup, diketuk atau bercakap terlalu rapat, betulkan?
4. Saya rasa sistem PA surau dah dibaikpulih dgn baik cuma kaedah penggunaannya tidak betul
Tolong bagi advice tip penggunaan dan penjagaan mic
Terima kasih tuan kerana hubungi kami.
Jawapan kepada persoalan tuan adalah mungkin disebabkan oleh 2 perkara :
1. Ada berlaku kerosakan peralatan
2. System yang tidak user friendly menyebabkan berlaku "campur tangan" dan usik setting yang ada.
Untuk cara penyelesaiannya, tidak ada shortcut tuan. Tuan perlu minta contractor yang install untuk datang dan betulkan balik. Dan minta dia tunjuk ajar cara penggunaan sistem yang betul.
Diharap dapat membantu kepada persolan tuan, inshaaAllah...