Siri Mitos

Siri Mitos : Jangan Ketuk-Ketuk Mic, Nanti Cepat Rosak!

Pengenalan

SIRI MITOS BAHAGIAN 1 : JANGAN KETUKKETUK MIC, NANTI CEPAT ROSAK!

“Haa.. cuba test mic tu, berbunyi tak?”

“Allahu.. Imam, mic ni buat hal lagi.. Kejap bunyi, kejap tak..”

“Cuba kamu ketukketuk sikit mic tu, kejap lagi elok lah tu..”

“Eh, tak rosak ke kalau ketukketuk mic ni? Nanti dibuatnya rosak, nak kena ganti baru pulak..”

“Eh, saya buat elok je selama ni..”

“Tak berani lah saya imam..”

——————————————————

Assalamualaikum semua..

Haaa.. pernah tak anda berada di situasi macam ni?

Atau pernah nampak bila mic tak berbunyi je, orang duk ketukketuk mic tu..

Sebenarnya ketuk mic ini boleh merosakkan mic ke tidak ye ?

Nak tahu kebenarannya?

Jom baca di bawah ini!

———————————————————–

Ketuk Mic, Boleh ke Tidak ?

Baik, seperti yang kita maklum .. mic ataupun mikrofon ni ada banyak jenis..

Handheld, clip, headset.. lepas tu ada jenis wired, wireless..

Boleh ketuk atau tidak mic itu sebenarnya bergantung pada jenis mic jugak..

OK, jom kita tengok satu-satu..

Untuk handheld dynamic wired microphone (mikrofon pegang tangan berwayar) , takde masalah pun untuk ketuk..

Sepatutnya untuk normal mic tiada isu tetapi untuk brand China tu bimbang ada komponen yang tercabut.. hehe..

Untuk mic jenis wireless (mikrofon tanpa wayar) pula.. mic jenis ini ada part elektronik di dalamnya..

kami tak galakkan untuk ketuk sebab bimbang part elektronik tu bergegar.

Tapi, kalau TERketuk, inshaaAllah takde isu.. Kalau boleh, elakkan ye..

Kalau mic jenis sensitif seperti lavalier (clip mic), bila diketuk, ia akan hasilkan bunyi yang kuat di speaker dan boleh menyebabkan speaker yang rosak.

Jadi, kami memang tak galakkan untuk ketuk mic jenis ni..

Secara generalnya ketuk mic ini takde masalah pun sebenarnya.

Cumanya ia mendatangkan irritation dan ketidakselesaan pada orang yang mendengar.

Yelah, bila duk ketukketuk mic, bunyi tu keluar dekat speaker.. Tak ke sakit telinga kariah dan jemaah yang ada di surau dan masjid tu..

Ada cara lebih baik untuk test mic tu, kita test guna suara jee.. kalau tak keluar mungkin ada isu dekat setting di mixer..

Jadi diharapkan penerangan kami ini dapat membantu dalam menggunakan barangan PA sistem dengan cara yang betul.

Ini adalah untuk memastikansupaya PA Sistem dapat berfungsi dengan baik inshaaAllah..

P/S : Jika pa sistem kejap bunyi kejap tak bunyi tu KEMUNGKINAN ada isu pada antara LIMA (5) barangan ini :

mic, cable mic, mixer, power amp dan juga cable ke speaker.. jadi pastikan untuk cek barangan-barangan ini dulu ya..

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

1 week ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

2 weeks ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

3 weeks ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

4 weeks ago