Siri Mitos

Siri Mitos : Pegang Mic Dekat Dengan Mulut, Suara Lagi Jelas ?

SIRI MITOS : PEGANG MIC DEKAT DI MULUT, LAGI JELAS KE?

Assalamualaikum semua..

Seperti yang kita maklum, mikrofon ni ada banyak jenis dan macam-macam cara orang pegang mic ni..

Ada yang pegang jauh dari mulut, ada yang letak mic bawah dagu, ada yg letak betul-betul dekat dengan bibir.. Cara pegang mic pula berbeza ikut jenis mikrofon tersebut.

Biasanya headset mic kita sangkut di telinga, jadi kedudukannya berada di tepi bibir..

Jenis klip mic pula kita klipkan di kolar atau di butang kedua baju atau jubah ; mengikut keselesaan masing-masing..

Handheld mic atau mikrofon pegang tangan ini yang selalu orang letakkan depan mulut.

Tapi antara banyak-banyak cara pegang mic ni, yang mana satu yang terbaik dan boleh menyebabkan suara yang keluar di speaker tu jelas ye ?

Untuk memastikan suara jelas keluar di speaker adalah bergantung kepada 2 perkara ini.

1. DYNAMIC ATAU CONDENSER ?

Kena tengok mic itu adalah jenis dynamic atau condenser.

2. POLAR PATTERN MIC

– Omni directional
– Cardiod
– Hyper-cardiod

Nak tahu jelas atau tak, boleh rujuk kembali 2 perkara di atas kerana ia menentukan bagaimana cara kita pegang mikrofon tersebut.

Kesimpulannya, pegang mic dekat di mulut tak menjamin bunyi yang dikeluarkan itu jelas.. sebaliknya lebih kepada habit atau pun rutin seseorang itu..

Isu kebersihan juga akan turut timbul sekiranya kita pegang mic tersebut betul-betul dekat bibir, bimbang akan memberi ketidakselesaan pada yang menggunakan selepas kita. Jadi, semoga kita lebih alert tentang isu ini ya!

Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda semua inshaaAllah..

Sehingga berjumpa lagi di Siri Mitos yang akan datang!

Nak tahu lebih dalam tentang polar pattern mic ini?

InshaaAllah kami akan jelaskan di post yang lain pula.. tunggu ya!

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, inshaaAllah”

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

2 weeks ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

3 weeks ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

4 weeks ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

4 weeks ago