KENAPA SPEAKER AZAN SELALU TERBAKAR?
Assalamualaikum semua..
Kebanyakan surau dan masjid kerap mengalami masalah ini. Nak tahu masalah apa?
Jom baca di bawah ini..
“Tuan, boleh datang masjid kami? Speaker menara tak berbunyilah..”
“Boleh tahu apa sebab speaker horn asyik blow je ye? Dalam sebulan ni dah 2 kali saya tukar coil.. Still blow juga..”
Di atas ini adalah antara rintihan AJK dan kariah surau dan masjid berkenaan dengan PA sistem mereka terutama sekali speaker horn. Jadi, kali ini kami nak fokus tentang kenapa speaker horn selalu terbakar..
Signal terlampau kuat ini adalah antara sebab kenapa speaker horn selalu terbakar. Untuk lihat sama ada signal terlampau kuat atau tidak, kita boleh lihat pada mixer ataupun mixer amp.
Jadinya, untuk mengetahui signal itu tidak terlampau kuat, tuan-tuan perlu pastikan lampu di mixer atau mixer amp tidak menyala di bahagian “peak”. Jika lampu menyala di bahagian “peak”, itu adalah salah satu tanda bahawa signal itu terlampau kuat untuk speaker.
Untuk makluman semua, term “peak” yang digunakan mungkin berbeza bagi setiap brand atau model. Ada yang gunakan “clip”, “limiter”, dan lain-lain lagi.
Bila signal terlampau kuat, kemungkinan dia akan jadi penyebab speaker horn terbakar. Jadi, harap AJK surau dan masjid boleh lihat di mixer dan mixer amp surau dan masjid masing-masing.
Antara sebab speaker horn selalu terbakar adalah apabila frekuensi high dan low speaker itu diboost tidak kena pada tempatnya. Untuk setting frekuensi ini kebiasaannya di EQ PA Sistem (mixer atau mixer amp).
Dekat mana nak tahu setting frekuensi ni? “Perasan tak ada knob yang banyak-banyak ada dekat mixer atau mixer amp? Itu lah dia… “. Jadi, AJK surau dan masjid perlulah memastikan frekuensi high dan low speaker tidak diboost secara melampau.
Setiap speaker ada frequency rangenya. Jadi, jika diboost frekuensi high dan low speaker di luar range mereka, boleh menyebabkan speaker horn mudah terbakar.
Salah satu sebab kenapa speaker horn sering terbakar adalah disebabkan oleh karakter speaker horn yang sensitif.
Seperti mana yang kita sebut dalam point sebelum ini, setiap speaker ada frequency rangenya. Jika frequency speaker ini diboost di luar range mereka, ia akan menyebabkan kerosakan pada coil atau pun diaphragm dan seterusnya menyebabkan speaker horn terbakar.
Speaker horn boleh terbakar disebabkan oleh transformer setting di speaker tak matching dengan amplifier. Bila setting itu dah salah, boleh menyebabkan speaker itu terbakar.
Transformer setting boleh dilihat di belakang driver horn. Di situ, kita boleh ubah setting transformer supaya voltage yang disalurkan ke speaker adalah betul.
Penyebab lain juga adalah jika transformer di driver itu rosak. Apabila transformer di driver itu rosak, ia boleh menyebabkan power amp turut rosak sama. Jadi, sila berhati-hati dan cek transformer di driver anda.
Jadi, 4 perkara ini adalah antara sebab speaker horn / corong / menara di surau dan masjid kerap terbakar. Semoga kita semua terutamanya installer dan AJK mengambil berat akan isu ini supaya masalah ini dapat dikurangkan inshaaAllah…
Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk semua..
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir”
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…