Assalamualaikum semua..
Kali ni kami nak beritahu sedikit tips pemasangan tiang speaker azan (speaker horn). Fungsi dan kedudukan dia sama je macam menara speaker azan tu (mestilah berada di luar surau dan juga masjid).
Secara ringkasnya, ada 3 tips utama dalam menentukan pemasangan tiang speaker azan ni..
Nak tahu apa dia ?
Jom baca di bawah ini!
Dalam pemasangan tiang speaker azan, ketinggian tiang adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan. Ini kerana ketinggian tiang memainkan peranan bagi memastikan sejauh mana capaian dan kejelasan bunyi yang keluar dari speaker azan.
Seperti yang kita maklum, lokasi dan kedudukan tiang kebiasaannya memang di luar bangunan surau dan masjid.. tapi haruslah diambil berat kedudukannya..
Maksud kami di sini adalah pastikan lokasi tiang tersebut tidak berdekatan dengan mana-mana tiang elektrik.. Ini bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
Ia juga memudahkan bagi proses servis speaker azan tersebut. Lebih baik jika kedudukan tiang tersebut tidak terganggu oleh mana-mana infrastruktur.. dibimbangi bunyi terhalang dan penduduk setempat tak dengar azan semasa dilaungkan..
Jenis tiang speaker azan juga penting untuk memastikan speaker azan mudah diselia dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang masalah terhadap speaker.
Tiang juga perlulah kukuh dan mempunyai tapak yang kuat bagi menyokong tiang tersebut..
Jika surau di kawasan anda belum ada tiang untuk meletakkan speaker horn dan ingin buat installation, anda disarankan supaya menggunakan “collapsible pole”. Tiang ini dapat memudahkan ahli kariah untuk melakukan proses maintenance dengan lebih efektif.
Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memelihara PA Sistem di surau dan masjid, inshaaAllah
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…
View Comments
asalamualaikum ,masjid sy ada 2 unit pa system 1 diaras bawah dan 1 lagi di aras atas jadi sy nak conec (sambungkan ) dan mempunyai 1 set panel kontrol on /off
Waalaikumussalam Hj Ramlee.
Tuan boleh berhubung dengan En. Farid di talian 018-371007 untuk maklumat lanjut.
En. Farid boleh dihubungi melalui Whatsapp atau pun SMS.
Terima kasih :)
adakah line array speaker sesuai untuk laungan azan? horn speaker sangat tajam untuk telinga.
Memang betul, menara horn speaker bunyinya agak tajam. tapi kita boleh "tumpulkan" sedikit dengan buat tuning EQ pada output ke menara. Line array boleh digunakan, tapi masalahnya kebanyakan speaker azan diletakkan di luar, dan tak banyak speaker line array tahan untuk diletakkan di outdoor, dan pastinya akan melibatkan kos yang tinggi. Untuk dapatkan jarak yang sama seperti horn speaker, speaker line array perlukan kos 50 atau 60 kali ganda. Oleh itu, untuk speaker menara, horn speaker masih lagi relevan digunakan.