APA BEZA DRIVER HORN TOA TU-652M DAN TOA TU-660M?
Assalamualaikum semua.
Apa khabar?
Diharap semua masih lagi mengamalkan kawalan kendiri sepanjang musim PKPP ini.
Untuk video kali ini, kami membuat testing impedance dan juga loudness 2 driver horn speaker TOA.
Driver yang kami gunakan adalah driver TOA TU-652M dan TOA TU-660M.
Apa beza antara kedua-dua driver ini?
TOA TU-652M adalah driver speaker horn yang kebanyakannya digunakan oleh surau dan masjid di Malaysia.
Kekuatan driver TU-652M adalah 50watt.
TOA TU-660M pula adalah model driver horn speaker yang agak baru dalam market PA sistem. Kekuatan driver ini pula adalah 60watt.
Jom tonton video ini:
Fungsi kedua-dua driver ini adalah sama. Apa yang membezakan kedua driver ini adalah komponen di dalam driver dan juga kekuatan bunyi driver
Coil speaker yang digunakan adalah berbeza dari segi warna dan juga ciri-cirinya.
Dari segi kekuatan bunyi pula, kita boleh nampak yang kekuatan DB TU-660M lebih tinggi dari driver TU-652M.
Jika dilihat di dalam video yang kami buat ini, walaupun perbezaan mereka dalam lebih kurang 3db, ia sebenarnya membawa maksud kekuatan bunyi TU-660M adalah sekali ganda lebih kuat dari TU-652M.
Jadi, bunyi speaker yang menggunakan driver TOA TU-660M adalah lebih kuat dari speaker yang menggunakan driver TOA TU-652M.
Semoga penerangan dan info yang kami berikan ini dapat membantu pemahaman tuan-tuan terhadap PA sistem di surau dan masjid tuan.
Jika tuan-tuan berminat untuk mendapatkan kedua-dua driver ini, tuan-tuan tak perlu risau.
Tuan-tuan boleh membuat pembelian dengan kami 😊
Boleh terus klik link di bawah ini untuk buat pembelian ya!
“Memberi Solusi Audio Visual Tersebut Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”
#afepasistem #pasystemmasjid #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #driver #speakerazan #speakerhorn #toa #tu-652m #tu-660m #alunanfirdausi #afe
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…