Komponen

Design Bangunan & PA Sistem

Design Bangunan & PA Sistem

Assalamualaikum semua..

Ok, kali ni kami nak cerita sikit tentang design sesebuah bangunan dan juga pa sistem.

Apa kaitannya?

Jom baca di bawah ini!

Manusia ini sifatnya tertarik kepada kecantikan dan keindahan. Bila sesuatu bangunan itu designnya baik dan cantik, pasti kita tertarik dengan kecantikannya.

Sama juga seperti PA sistem. PA sistem yang baik akan menyebabkan orang yang mendengarnya berasa selesa.

Tapi apa jadi bila design sesebuah surau atau masjid itu menyebabkan PA sistem tidak dapat berfungsi dengan baik?

Jika tuan-tuan lihat di video yang kami kongsikan ini.. Masjid Usamah Bin Zaid ini, masjid yang besar dan cantik. Tetapi sayang, disebabkan design di ruang mimbar ini, bunyi yang keluar dari speaker terhalang disebabkan binaan mimbar tersebut. Jemaah yang berada di kawasan sekitar situ tak dapat dengar bunyi yang dikeluarkan dari speaker tersebut.

TETAPI!

Speaker Placement Sangat Penting

Sekiranya design mimbar tersebut tak menghalang speaker sekalipun, placement speaker ini TIDAK BETUL. Ini kerana semasa PA Sistem di masjid ini didesign, ia tidak consider acoustical effect iaitu kubah yang sangat besar di bahagian atas.

Bila acoustical effect ini tidak dimasukkan dalam design PA sistem, design kubah yang besar ini menyebabkan jemaah yang berada di bahagian belakang ruang solat dengar reverberation yang sangat tinggi.

Kubah Masjid Usamah Bin Zaid ini besar, jadinya perlukan acoustic treatment bagi membolehkan bunyi yang dihasilkan PA sistem jelas dan selesa di pendengaran jemaah.

Ini adalah salah satu contoh di mana design sesebuah surau itu tidak memenuhi keperluan PA Sistem.

Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira oleh arkitek dan juga interior yang terlibat dengan pembinaan surau dan masjid.

Kami memohon supaya perkara di atas diambil berat supaya bukan sahaja binaanya sahaja yang cantik, tetapi PA sistem yang ada di surau atau masjid tersebut juga jelas dan sedap di pendengaran kariah dan jemaah di situ .

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian kecil kami ini inshaaAllah 😊

“Memberi Solusi Audio Visual Tanpa MEMBAZIR, inshaaAllah”

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

2 weeks ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

3 weeks ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

4 weeks ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

4 weeks ago