Cabaran Mencari PA Sistem Terbaik : Kontraktor Tak Faham Sistem

BAHAGIAN 3 : KONTRAKTOR TAK FAHAM SISTEM

Assalamualaikum semua.

DISCLAIMER : Posting ini dibuat bukanlah bertujuan untuk mengaibkan, tetapi sekadar berkongsi antara cabaran yang dihadapi AJK dalam mencari PA Sistem terbaik. Alhamdulillah, ada ramai juga kontraktor yang tahu dan faham tentang pa system surau dan masjid ini. 😊🙏🏼

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda CABARAN KETIGA AJK surau dan masjid dalam mencari PA Sistem yang terbaik untuk surau dan masjid, iaitu KONTRAKTOR TAK FAHAM SISTEM

Apa yang dimaksudkan dengan Kontraktor tak faham sistem?

Kontraktor tak faham sistem yang kami maksudkan di sini adalah :
1. KONTRAKTOR BUAT SISTEM TAPI AJK TAK PUAS HATI DENGAN HASILNYA
2. KONTRAKTOR JANJI LAIN, TAPI BUAT LAIN
3. KONTRAKTOR ‘OVERPROMISE’
4. KONTRAKTOR MEMANDAI-MEMANDAI BUAT SISTEM

1. KONTRAKTOR BUAT SISTEM TAPI AJK TAK PUAS HATI DENGAN HASILNYA

Kami berikan contoh ye..

Satu kontraktor dah dilantik oleh AJK Surau untuk membuat penambahbaikan pada PA Sistem surau. Bila dah siap, sistem itu seolah-seolah tak memenuhi kehendak PA sistem yang diinginkan oleh AJK.

Bila minta datang untuk betulkan, mereka datang tetapi masih lagi bermasalah. Kali kedua , kali ketiga datang tetap tak jumpa untuk jalan penyelesaiannya. Akhir sekali, kontraktor itu sendiri menghilangkan diri dan tak dapat dihubungi. Masalah pula tak selesai.

2. KONTRAKTOR JANJI LAIN, BUAT LAIN

Ada juga sesetengah kontraktor yang mengambil kesempatan kepada AJK Surau dan masjid. Solusi sudah dibentangkan kepada AJK dan quotation sudah pun diberi, mereka bersetuju untuk mengambil kontraktor tersebut untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kerja-kerja pemasangan PA sistem sudah pun berjalan lancar. Setelah siap, bila cek semula, solusi yang dibuat tidak sama dengan solusi yang dibentangkan kepada AJK. Barangan yang digunakan juga tak seperti yang ditulis di dalam quotation.

Ini adalah kerana BQ (Bill of Quantity) yang diberikan oleh kontraktor adalah tidak detail.

Contoh : di BQ hanya nyatakan speaker column dan bilangannya. tetapi speaker column ada pelbagai jenis. Berapa watt? 20w? 40w? 60w? Jadinya bila tidak dinyatakan di sini, kontraktor boleh mengambil peluang di atas BQ sebegini.

Bayaran dah pun dibuat kepada kontraktor. Bila nak hubungi kontraktor, tak dapat dikesan. Kesian pada AJK surau dan masjid yang berhempas pulas mencari dana untuk PA sistem.

3. KONTRAKTOR ‘OVERPROMISE’

AJK : “Tuan, kami nak baiki PA sistem surau kami, ada isu sikit. Lagi 3 hari surau kami ada program besar. Agak-agak sempat ke tuan?”

Kontraktor : “Jangan risau tuan haji, dalam masa 2 hari kami boleh siapkan PA sistem ni.”

Pada hari program..

AJK : “Macam mana ni tuan, cakap hari tu boleh siap 2 hari. Tapi dah hari program tak siap lagi. Lepas maghrib kita nak guna PA sistem ni…”

————————————————————————————-

Pernah alami situasi sebegini?

Ini adalah satu contoh yang kami berikan apabila kontraktor ‘overpromise’ kepada AJK surau dan masjid. Jaminan diberi boleh siap dalam masa 2 hari, tapi bila hari yang dijanjikan masih lagi banyak kerja-kerja yang menunggu untuk disiapkan.

Sekali lagi, AJK surau dan masjid yang tak senang duduk. Lebih-lebih lagi jika berada di situasi yang urgent seperti nak guna untuk program besar atau pun untuk solat jumaat di mana sesi khutbah berlangsung.

4. KONTRAKTOR MEMANDAI-MANDAI BUAT SISTEM

Ada sesetengah kontraktor yang memandai-mandai buat sistem dan cadangkan solusi untuk PA sistem surau dan masjid tanpa perancangan dan pengetahuan yang betul dan teliti.

Perancangan yang betul dan teliti yang kami maksudkan di sini adalah :
– Memastikan kesesuaian solusi dengan sistem yang sedia ada di surau atau masjid
– Kesesuaian barangan yang digunakan dengan sistem di surau atau masjid
– Tempoh ketahanan solusi untuk PA Sistem surau dan masjid untuk jangka masa panjang.

Bila kontraktor memandai-mandai atau suka-suka cadangkan barangan atau pun solusi yang mungkin tidak sesuai untuk surau dan masjid tersebut, AJK surau dan masjid yang akan menanggung akibatnya.

Ini adalah antara satu cabaran AJK surau dan masjid dalam mendapatkan PA sistem yang terbaik.

Untuk lihat sedutan video cabaran mencari PA sistem terbaik mengikut bahagian:
Bahagian 1:

Bahagian 2 :

Untuk lihat video penuh untuk cabaran-cabaran yang lain :

Untuk video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik :