Komponen

Jenis Mikrofon yang digunakan untuk PA Sistem Surau dan Masjid

Assalamualaikum semua.

Ok, kali ni kami nak cerita pulak tentang jenis-jenis mikrofon yang digunakan untuk PA sistem di surau dan masjid. Jom kita tengok bila masa mic ini sesuai untuk digunakan.

1. Handheld Microphone ( Mic Pegang Tangan)

Contoh handheld mic atau mic azan

AJK surau dan masjid memanggil mikrofon jenis ini sebagai mic azan. Ini kerana mic ini seringkali digunakan ketika bilal melaungkan azan.

Selalunya mikrofon ini diletakkan di mic stand bagi memudahkan bilal untuk melaungkan azan tanpa perlu memegangnya.

Selain daripada kegunaan untuk mic azan, mic ini juga sering digunakan untuk forum perdana.

Mic handheld ni ada 2 jenis :

  1. Wired microphone (Mikrofon dengan wayar)
  2. Wireless microphone (Mikrofon tanpa wayar)

Untuk mikrofon berwayar, untuk disambung ke mixer biasanya menggunakan XLR connector.

Bagi microfon wireless pula, mic akan bertindak sebagai transmitter dan ada satu receiver.

Contoh wireless mic

2. Headset Microphone (Mic Imam Jenis Headset)

Headset microphone adalah sejenis mic yang yang disangkut di telinga dan kedudukan micnya berdekatan dengan mulut kita. Mic jenis ini sering digunakan oleh imam ketika solat.

Contoh headset mic

Headset mic ini juga terbahagi kepada dua jenis :

  1. Wired headset mic (Mic headset berwayar)
  2. Wireless headset mic (Mic headset tanpa wayar)

Ada headset mic berwayar yang mempunyai input jack (stereo jack, mono jack – contohnya seperti TOA EM-370HS) Input jack ini adalah seperti earphone yang kita cucuk di handphone. Ada sesetengah mic headset ini hanya perlu cucuk di mixer dan boleh terus guna.

Tetapi, ada juga sesetengah mic headset yang memerlukan phantom power jadi mereka perlu disambung menggunakan XLR connector. (contohnya seperti Shure SM35)

Untuk headset mic wireless pula, ia didatangkan dengan headset mic + bodypack sebagai transmitter dan satu receiver.

Contoh headset mic wireless

3. Clip Microphone (Mic Imam Jenis Klip)

Clip microphone atau mikrofon klip ini biasanya diklipkan di bahagian kolar atau di bahagain butang baju (atas dada) mengikut keselesaan seseorang itu..  Ini juga sering digunakan sebagai mic imam ketika solat bagi mereka yang tidak selesa dengan cara pemakaian headset mic lagi-lagi bagi mereka yang memakai cermin mata.

contoh mikrofon klip

Clip mic ini juga terbahagi kepada dua jenis :

  1. Wired clip mic (Mic klip berwayar)
  2. Wireless clip mic (Mic klip tanpa wayar)

Kebanyakan clip mic berwayar mempunyai input jack (stereo jack, mono jack – contohnya seperti TOA EM-360HS). Ada sesetengah mic klip ini hanya perlu cucuk di mixer dan boleh terus guna.

Tetapi, ada juga sesetengah mic klip yang memerlukan phantom power jadi mereka perlu disambung menggunakan XLR connector (seperti TOA EM-410)

Untuk mikrofon klip tanpa wayar pula, ia didatangkan dengan mikrofon klip + bodypack sebagai transmitter dan satu receiver.

Contoh mikrofon klip wireless

4. Gooseneck Mikrophone (Mic Tazkirah / Khutbah)

Gooseneck mic atau kami panggil sebagai mikrofon tazkirah / khutbah ini biasanya digunakan ketika ceramah, tazkirah atau pun khutbah.

Mikrofon ini mempunyai ‘gooseneck’ atau lebih mudah kita sebut leher mikrofon yang flexible (mudah lentur). Jadi, mudah untuk kita selaraskan mengikut keselesaan kita.

biasanya mikrofon jenis ini didatangkan dengan 2 elemen :

  1. mikrofon
  2. base atau tapak mikrofon

Connector yang digunakan untuk menyambungkan mikrofon takzirah ini ke mixer adalah XLR connector.

contoh mikrofon tazkirah

Jadi , ini adalah jenis-jenis mikrofon yang biasa digunakan untuk sound system di surau dan masjid. Kami dah terangkan secara asas fungsi mikrofon dan bila ia sesuai digunakan.

Apa-apa pun, pemilihan mikrofon ini juga bergantung kepada keperluan surau dan masjid tersebut.

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda, in shaa Allah.

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

1 week ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

2 weeks ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

3 weeks ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

4 weeks ago