SOALAN INI BANYAK KAMI DAPAT… jadi?

Jom kami share beberapa faktor yang perlu anda ambil kira untuk bajet atau kos PA system untuk surau dan masjid tuan tuan..

 

1. SAIZ DAN REKABENTUK SURAU/MASJID

Ini adalah faktor yang paling penting kerana saiz dan reka bentuk sesebuah surau atau masjid menentukan berapa jumlah barangan PA sistem yang akan diperlukan untuk installation PA sistem.

Semakin besar saiz surau/masjid, makin banyak bajet yang diperlukan untuk memastikan PA sistem dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

2. KEPERLUAN PA SISTEM YANG LENGKAP

Keperluan PA sistem ini berkait rapat dengan point pertama yang kami sudah terangkan di atas. Bilangan barangan PA sistem juga penting dalam menentukan bajet. Pihak ajk surau dan masjid kena tahu berapa banyak mic dan speaker yang surau/masjid perlukan?

Posisi barangan PA sistem juga penting untuk bajet kerana ia juga akan mempengaruhi jenis barangan yang diperlukan. Kami ambil contoh, speaker. Jika inginkan speaker di luar surau/masjid, speaker horn akan digunakan. Jika speaker di dalam bangunan, box speaker atau column speaker biasanya digunakan.

3. BRAND DAN JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Barangan PA Sistem ini juga bergantung kepada brand. Sekiranya brand yang ingin digunakan adalah dari jenis yang berkualiti tinggi, kebiasaannya harga barangan itu lebih tinggi.

Bajet juga bergantung kepada jenis barangan yang anda gunakan. Contoh, mikrofon terbahagi kepada beberapa jenis. Mikrofon handheld (pegang di tangan), mikrofon wireless, headset mic, klip mic dan sebagainya. Setiap jenis mikrofon ini mempunyai range harga yang berbeza.

4. WORKMANSHIP DAN MASA INSTALLATION

Jika tenaga kerja yang digunakan ramai, mungkin bajet akan jadi lebih tinggi. Berapa lama masa yang diperlukan untuk installation juga akan menentukan bajet PA sistem itu sendiri.

5. INSTALLER YANG PROFESSIONAL

Installer yang professional sudah semestinya kos agak tinggi. Tapi akan memastikan solusi yang diberikan memuaskan hati kariah surau / masjid tuan tuan…

Jadi di atas adalah faktor-faktor yang tuan-tuan dan puan-puan perlu ambil kira..

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda dalam menentukan bajet yang sesuai untuk installation ataupun upgrade PA sistem di surau dan masjid.

Jika ada lagi faktor-faktor yang anda rasa penting dalam menentukan bajet PA sistem, boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

 


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *