Tahukah anda yang PA sistem ni adalah elemen yang penting bagi surau dan masjid?

Nak tahu kenapa?

Jom baca tentang kepentingan PA sistem di sini!

1) AZAN JELAS DIDENGARI OLEH KARIAH

PA sistem adalah satu medium penting untuk panggilan solat.

Kebiasaannya sebelum azan dilaungkan, bacaan Al-Quran akan dipasang melalui PA sistem sebagai satu makluman bahawa azan akan berkumandang tidak lama lagi.

Dengan adanya pa sistem, kariah dapat alert bila tibanya waktu azan.. Laungan azan yang jelas membolehkan kariah berdekatan menyiapkan diri untuk melakukan solat berjemaah di surau ataupun masjid.

2) BUNYI SEKATA DI SETIAP ZON

Setiap surau dan masjid mempunyai zon atau pun ruang yang berasingan di dalamnya. Contoh, zon solat utama, zon solat wanita, tingkat atas dan juga tingkat bawah.

PA sistem membolehkan bunyi didengari di setiap zon dan dapat mengelakkan masalah daripada suara imam tidak jelas ketika solat..

Ini penting bagi mengelakkan Jemaah daripada tertinggal ketika mengikut imam di dalam solat..

3) MENGHASILKAN KUALITI BUNYI YANG BAIK WALAU PADA POSISI BERBEZA

Ketika berada di surau dan masjid, kita akan berada di 2 posisi yang significant:
– Qiam (berdiri)
– Duduk di antara dua sujud atau bersila

Kadang-kadang bila kita berdiri ketika solat, bunyinya ok tapi bila kita duduk, bunyinya kedengaran seperti di bahagian atas kepala. Itu adalah antara perkara yang perlu kita consider. Realitinya kebanyakan masa berada di surau dan masjid adalah ketika kita berada dalam keadaan duduk (Tahiyat awal, tahiyat, zikir, tilawah al-Quran, dengar ceramah dan sebagainya)

Dengan adanya PA Sistem, ia membantu untuk kualiti bunyi yang didengari sama walaupun berada di posisi yang pelbagai.

In shaa Allah, jemaah lebih selesa ketika berada di surau dan masjid.

4) KHUTBAH & CERAMAH JELAS

PA sistem juga membantu penceramah ataupun penyampai khutbah dalam menyampaikan ceramah dan khutbah mereka dengan jelas tanpa perlu menjerit untuk memastikan semua jemaah dapat mendengar isi ceramah dan khutbah.

Para jemaah pula dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam ceramah dan khutbah, tidaklah terpinga-pinga sewaktu mendengar khutbah atau pun ceramah.

5) BUNYI YANG SEDAP DIDENGAR DAN MEMBERI KESELESAAN

Kadang-kadang, PA sistem banyak yang kuat dan jelas, tapi tak semua yang sedap didengar oleh kariah yang datang ke surau dan masjid.

Jadi , PA sistem perlulah diset atau pun dituning dengan baik supaya bunyi yang dihasilkan bukan sahaja jelas, tetapi sedap didengar dan memberi keselesaan kepada jemaah.

Kami dah senaraikan sebab kenapa PA sistem ni adalah elemen penting dalam surau dan masjid.

Sekarang, boleh kami tahu macam mana PA Sistem memberi kesan kepada surau dan masjid anda?

Jom share dengan kami pengalaman anda dengan tinggalkan komen di bawah!

………….

Haaa.. dah tahu kepentingan PA sistem kan? Jom baca kelebihan PA sistem yang baik untuk surau dan masjid anda pula!

1) SENANG DIKENDALIKAN

Bila kita ada PA sistem yang baik, pastinya PA sistem akan lebih senang untuk AJK surau dan masjid handle. Nak tuning senang, nak setup mic pun senang..

2) KEROSAKAN PA SISTEM DAPAT DIKURANGKAN

Risiko kerosakan akan dapat dikurangkan sekiranya kita mempunyai PA sistem yang baik. Barangan akan dapat bertahan lebih lama jika dijaga dengan baik, in shaa Allah.

3) JEMAAH LEBIH FOKUS KERANA BUNYI TERANG, JELAS DAN MENYELURUH

Dengan PA sistem yang baik, jemaah lebih fokus ketika berada di surau dan masjid. Tidak kiralah ketika melakukan ibadah solat, tadarus al-Quran ataupun ketika mendengar khutbah mahupun tazkirah.Ini kerana bunyi PA sistem lebih jelas, terang dan menyeluruh di setiap ruang dalam surau dan masjid.

Semoga dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memahami kepentingan PA sistem terhadap surau dan masjid.

Sekiranya bermanfaat untuk anda dan juga orang lain, jangan lupa untuk share ya!

 


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *