Categories: Tips

KENAPA SPEAKER AZAN SELALU TERBAKAR?

Kebanyakan surau dan masjid kerap mengalami masalah ini. Nak tahu masalah apa?

SIGNAL TERLAMPAU KUAT

Signal terlampau kuat ini adalah antara sebab kenapa speaker horn selalu terbakar. Untuk lihat sama ada signal terlampau kuat atau tidak, kita boleh lihat pada mixer ataupun mixer amp. Jadinya, untuk mengetahui signal itu tidak terlampau kuat, tuan-tuan perlu pastikan lampu di mixer atau mixer amp tidak menyala di bahagian “peak”. Jika lampu menyala di bahagian “peak”, itu adalah salah satu tanda bahawa signal itu terlampau kuat untuk speaker. Bila signal terlampau kuat, kemungkinan dia akan jadi penyebab speaker horn terbakar. Jadi, harap AJK surau dan masjid boleh lihat di mixer dan mixer amp surau dan masjid masing-masing.

TERLAMPAU BOOST HIGH/LOW FREQUENCY

Antara sebab speaker horn selalu terbakar adalah apabila frekuensi high dan low speaker itu diboost tidak kena pada tempatnya. Untuk setting frekuensi ini kebiasaannya di EQ PA Sistem (mixer atau mixer amp). Dekat mana nak tahu setting frekuensi ni? “Perasan tak ada knob yang banyak-banyak ada dekat mixer atau mixer amp? Itu lah dia… “. Jadi, AJK surau dan masjid perlulah memastikan frekuensi high dan low speaker tidak diboost secara melampau. Setiap speaker ada frequency rangenya. Jadi, jika diboost frekuensi high dan low speaker di luar range mereka, boleh menyebabkan speaker horn mudah terbakar.

KARAKTER SPEAKER HORN YANG SENSITIF

Salah satu sebab kenapa speaker horn sering terbakar adalah disebabkan oleh karakter speaker horn yang sensitif. Seperti mana yang kita sebut dalam point sebelum ini, setiap speaker ada frequency rangenya. Jika frequency speaker ini diboost di luar range mereka, ia akan menyebabkan kerosakan pada coil dan seterusnya menyebabkan speaker horn terbakar.

TRANSFORMER TAK MATCHING ATAU ROSAK

Speaker horn boleh terbakar disebabkan oleh transformer setting di speaker tak matching dengan amplifier. Bila setting itu dah salah, boleh menyebabkan speaker itu terbakar. Transformer setting boleh dilihat di belakang driver horn. Di situ, kita boleh ubah setting transformer supaya voltage yang disalurkan ke speaker adalah betul. Penyebab lain juga adalah jika transformer di driver itu rosak, ia boleh menyebabkan power amp turut rosak sama. Jadi, sila berhati-hati dan cek transformer pada driver anda.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk semua.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir”

Mohd Shazwan

Recent Posts

WOW, Masjid MADAD, Kedah Memang Lain Dari Yang Lain!

https://youtu.be/qGDj00jepQ8 Digital LCD besar terpampang di luar masjid—macam Times Square versi Kedah! PA Sistem ditempatkan…

1 day ago

Review PA Sistem : Speaker Mahal tapi kenapa bunyi teruk?

https://youtu.be/FQnS8XkFSi0 Pernah rasa kecewa bila speaker yang dipasang dah mahal dah. Tapi bunyinya tak semenggah.…

5 days ago

Testimoni Surau Al Kautsar Sri Sedeli, Klang

Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Al…

1 week ago

Testimoni | Surau Elmina Gardens | Shah Alam

https://youtu.be/8DIi_UCERus Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada AJK Surau…

2 weeks ago

Azan di pergunungan Kosovo! Masya Allah…

https://youtu.be/izgE9wEAUG8

3 weeks ago